Monday, November 5, 2012

Harga Emas Semasa Minggu ke-2 November 2012

Harga Emas Semasa
Seperti biasa kita ambil dahulu analisis yang dibuat oleh KITCO....33 orang terlibat dalam survey. 23 orang telah respon dalam survey ni. 11 peserta kata harga turun, 9 kata naik, 3 kata tak berubah.


Ini analisis baru saya buat setelah melihat keadaan ekonomi dunia dan ekonomi US...seperti yang kita tahu besok 6 November 2012, US ada mengadakan piliharaya presiden...samada Obama dapat mengekalkan kedudukan atau sebaliknya..

Pada post yang lepas Analisis Pasaran Minggu ke 4 , saya ada menjangkakan harga akan terus turun sehingga 1674 (pada masa post  ni di tulis 1678).

Pada minggu ni saya tidak menolak kemungkinan ianya akan terus turun ke 1650...memandangkan kebiasaanya semasa pemilihan presiden harga emas akan terus turun berikutan pelabur menunggu keputusan pilihanraya gamaknya...harga akan naik semula pada hari khamis kalau mampu la.

Seperti biasa ini semua hanya kemungkinan sahaja bedasarkan price history...

Kepada semua kawan-kawan baru dan lama...harga emas sudah berapa pada paras tahap BORONG...

JADI:
   1. Mulakan pembelian...
   2. Pembelian dengan ilmu dan strategi
   3. Klu nak jual tunggu minggu depan..


Sekian .

Wednesday, October 24, 2012

Beli Emas di Kedai Emas


Kedai emas oh kedai emas. Pada zaman dahulu, lazimnya kita boleh membeli emas atau barang kemas dari kedai emas. Tapi kini kita boleh juga membeli secara online dan peniaga-peniaga emas runcit yang banyak di pasaran dengan pelbagai jenama produk emas.

Hari ini saya ingin cetuskan pengalaman membeli emas dari kedai emas....

Pada zaman dahulu, semasa saya masih kecil lagi. Emak pernah membawa saya pergi ke kedai emas untuk membeli barang kemas.

Emak saya akan memilih jenis barang kemas yang diminati / sesuai dan bertanyakan harganya. Taukey akan mengira harga dengan menggunakan kalkulator (sudah ada pada masa tu) dan memberitahu harga barang kemas itu. Kalau tidak sesuai dengan budget, emak akan memilih yang lain dan taukey kira lagi...emak akan membuat tawaran harga dengan taukey....taukey beri harga special...emask setuju dan bayar.......yang pasti emak tidak akan balik dengan tangan kosong.

Pada masa tu tidak banyak kedai menjual barang kemas dan biasanya semua orang / satu kampung akan membeli di kedai yang sama. Kebanyakan orang kampung akan membeli emas dengan kaedah yang sama.

Tahun-tahun kemudian, emak sudah advance - ada sedikit ilmu membeli emas..Cara beli, lebih kurang sama saja, cuma kali ini dia akan tanya berapa harga emas segram....pilih barang dan tanya upah...taukey kira dan beritau harga...tawar menawar dan ok...beli...


Perkara yang selalu kita tidak ambil berat:
1. Taukey tidak pernah mengajar kita macamana mereka mengira harga emas...
2. Kita jarang tanya jenis emas 999, 916 atau sebagainya.
3. Kita jarang bertanya susut nilai barang,,,,20%, 30% atau sebagainya.
4. kita kurang mengambil nilai berat selepas titik perpuluhan contohnya 0.8g...sikit je cuba lihat nilainya (0.8x190=rm152...he he banyak juga).
5. Kita tidak pernah membeli emas seperti membeli baju....survey dulu dari beberapa buah kedai cantik baru ambil.


Daripada cerita diatas saya dapati kebanyakan orang akan beli seperti cerita saya diatas...amat jarang sekali orang tegok dan cuba kira sendiri harga emas KENAPA

Mulai hari ni kita PATUT belajar mengira sendiri harga emas di kedai emas...

Harga barang emas = (harge emas segram X berat barang) + harga upah

Ok nanti kita sambung lagi...

Tuesday, October 23, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-4 Oktober 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-4 Oktober 2012


Analisis pada minggu ini boleh kita rujuk sedikit analisis minggu lepas. Pada minggu lepas saya menjankakan ianya akan turun ke 1714....tapi ia ambil yang agak lama hingga posting ini ditulis ianya telah mencecah 1713...

Mingguan
Minggu ini harga mungkin akan bergerak secara mendatar atau ranging..ada naik dan turun. Tidak ada data-data kuat yang boleh menlonjak dan menurunkan harga emas pada kadar yang besar

Jangka Panjang
Agak keterlaluan jika saya mengatakan ianya MUNGKIN akan turun lagi hingga 1674 (mungkin 2-3 minggu lagi)...h he....jauh sangat pula ya...Tapi ini mungkin tidak mustahil memandangkan keadaan sekarang lebih banyak memihak kepada USD.

Secara teknikal harga bergerak menuju ke garisan fibo 50 dan mungkin akan terus ke fibo 60 (1644).

Walaumacamna pun sesiapa yang ada modal...boleh membuat belian sedikit kerana harga telah turun agak banyak.




Monday, October 15, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke 3 Oktober 2012

Analisis Pasaran Minggu Ke 3 Oktober 2012

Assalamualaikum, apa kabar kepada semua peminat-peminat emas.
Mari kita tengok dulu survey yang dijalankan di Kitco untuk minggu ni....dari survey

"Survey participants are fairly split on the outlook for gold’s price direction next week, with no side having a clear majority.
In the Kitco News Gold Survey, out of 33 participants, 21 responded this week. Of those 21 participants, 10 see prices up, while nine see prices down, and two are neutral or see prices moving sideways. Market participants include bullion dealers, investment banks, futures traders, money managers and technical-chart analysts."

...dalam bahasa yang aku faham...semua yang terlibat dalam survey ni terbahagi kepada dua puak...ada kata akan naik dan ada yang kata turun....bilanganya sama banyak..ini memberi petanda awal yang harga emas belum ada momentum yang cukup kuat sebelum melonjak nak ke atas.....

Dalam keadaan Euro yang tidak menentu dan pemilihan Presiden Amerika, tentu pasaran agak muram atau dalam istilah lain Sideway movement...

Sebenarnya Kitco lupa nak call tanya unutk terlibat dalan survey. Kalau dia tanya aku, ini jawapannya:

Harga emas akan menurun sedikit mungkin sehingga 1714 oz memandangkan aktiviti menjual untuk mengambil keuntungan masih berjalan..... pada tahap iini harga emas akan mula membuat lonjakan keatas dan cuba sekali lagi untuk menenbus 1800...


Bagi pelabur jangka panjang, sila beri perhatian ini mungkin masa yang sesuai untuk menembah koleksi memandangkan harga emas dijangka akan membuat lonjakan sekurang-kurangnya 3tahun mulai tahun ini....kenaikan yang pernah mengembirakan mereka dan keluarga mereka pada 4 tahun yang lepas.

Oleh itu jangan takut dan teragak-agak dalam memiliki emas secara fizikal...Pastikan ada memegang emas ditangan anda..pastikan juga anda membeli emas pada harga pasaran dunia bukan harga kedai emas supaya keuntungan hasil jualan lebih cepat..

Sila hubungi saya 
019 578 6677
Aspirasi Emas
Lindungi Kekayaan Anda Dengan Emas


Thursday, October 11, 2012

Public Gold


Public Gold merupakan salah satu syarikat yang menjual dan membeli emas fizikal di Malaysia. Memandangkan Pelaburan Emas semakin hangat di perkatakan hampir setiap hari dalam media massa, maka marilah kita cuba berkenalan sedikit dengan syarikat Public Gold yang mempunyai HQ di pulau mutiara, Pulau Pinang.

Orang ramai semakin ramai cuba untuk mengetahui dan mendalami mengenai pelaburan emas fizikal.

Public Gold adalah jenama rasmi bagi Public Gold International Bhd (PGIB). Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk membeli dan menjual emas keluarannya dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas pada harga pasaran Antarabangsa...ianya tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas (FGJAM).

Public Gold mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan jongkong emas dan perak bertaraf antarabangsa. Setiap emas keluarannya mempunyai sijil ketulinan yang disahkan oleh "Cetified Assayer". Assayer ini berperanan untuk menguji dan memastikan setiap emas dan perak keluarannya menepati piawai yang telah ditetapkan.

Emas keluaran Public Gold boleh didapati dengan cara membeli daripada mana-mana cawangan negeri atau dealer2 sah yang dilantik oleh Public Gold sendiri. Adalah lebih baik anda membeli dan menjual emas dan perak melalui dealer2 yang ramai serata Malaysia. Ini adalah untuk mendapat nasihat dan panduan dari mereka yang berpengalaman.

Selain daripada aktiviti menjual dan membeli emas dan perak. Syarikat juga menyediakan kemudahan peti simpanan selamat yang selesa dan pastinya tidak mengangu fikiran kita dengan simpanan emas yang banyak he he....Peti Simpanan Selamat ini dikendalikan oleh rangkaian perniagaannya melalui Public Safe

ini merupakan keadaan sebenar dalam Public Safe.


Tuesday, October 2, 2012

50,000 Pelabur Emas Terjerat

50,000 pelabur terjerat

2012/10/02





Kuala Lumpur: Lebih 50,000 pelabur sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan emas terjerat apabila tiga pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd di Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu pihak berkuasa, petang semalam.

Syarikat itu difahamkan sudah terbabit dalam perdagangan emas membabitkan lebih RM5 bilion sejak 2007.

Bank Negara serbu

Serbuan dibuat Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 2 petang.

Serbuan serentak turut dilakukan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura ke atas Genneva Pte Ltd di republik itu.

Dalam serbuan di sini, pihak berkuasa merampas beratus-ratus kotak berisi dokumen urus niaga membabitkan transaksi jual beli emas, komputer, kepingan emas dan sejumlah wang tunai.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram Mengikut laporan sebelum ini, orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan adalah antara pelabur syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan semua agensi terbabit dalam operasi itu semalam, syarikat berkenaan diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh semua agensi berkenaan.

Sementara itu, sumber berkata, siasatan sedang dibuat sama ada syarikat pelaburan emas yang menggunakan nama sama di Singapura ada kaitan dengan operasi Genneva di Malaysia.

Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan aduan diterima daripada orang ramai berhubung aktiviti syarikat itu.

Sumber itu memberitahu BH, syarikat berkenaan mula beroperasi sejak 2007 dan ketika itu didaftarkan sebagai Genneva Sdn Bhd serta pernah didakwa pada 2009.

"Selepas didakwa, syarikat itu didapati menukar namanya pada tahun lalu untuk meneruskan kegiatan mereka.

"Bank Negara dan semua agensi yang terbabit dalam serbuan ini (semalam) sedang menjalankan siasatan mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing," katanya.

Sementara itu, sehingga jam 10 malam tadi, beratus-ratus pelanggan Genneva Malaysia berkumpul di hadapan pejabat syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran polis berjaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Thursday, August 2, 2012

Syarikat Pelaburan Tidak Sah

Assalamualaikum ! Salam Ramadan

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini saya inging mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada beberapa pembaca setia. Dah lama tak update blog ni...Insyallah kita cuba sebaik mungkin.


Hari ini Utusan Malaysia telah mengeluarkan list syarikat pelaburan yang  tidak sah.....wah banyak pulak tu....co kita tengok ada yang kita kenali @ ada yang kita dah ceburi....

Berita ini menjadi agak panas kepada pelabur emas fizikal kerana terdapat beberapa syarikat yang melibatkan Pelaburan Emas..ini yang agak memeningkan kepala den niiii...sebab terpaksa melayan pertanyaan kawan-kawan ...

Kepada kawan-kawan yang terlibat dalam syarikat yang tersenarai jangan lah mengelabah...segera hubungi orang yang memperkenalkan benda tu kepada kita....Ikhtiarkan untuk segera mengeluarkan pelaburan @ mengurangkan pelaburan untuk kurang risiko apa pening2 keluarkan je semua.

Mana-mana yang tidak tersenarai boleh lah tarik nafas lega dan tersenyum....TAPI jangan leka kerana anda mesti selalu merujuk kepada BNM (Bank Negara Malaysia) @ Aspirasi Emas...h aha

OK itu je setakat ni apa pun saya ingin menasihatkan anda untuk sentiasa berhati-hati dalam setiap pelaburan yang kita buat....bagi Pelaburan Emas anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan apa-apa info terkini....

Friday, June 8, 2012

Harga Emas 7 Jun 2012

Harga emas sekali lagi turu sedikit semalam, 7hb stelah pakcik Bernanke, Federal Reserve Chef kata ekonomi US menghadapi significan risk..... apa ni saya sendiri pun kurang arif...kita minta pakar ekonomi cerita sikit.. dan kata dia bank pust sudah bersedia menjalankan stimulus perangsang ekonomi yang baru..ka ka kena tipu lagi kita dan dia berjaya...ramai pelabur yang percaya.


Mereka percaya mungkin setelah melihat data pengangguran kat us menurun sikit dari 389,000  kepada 383,000. Dengan berita ini juga harga emas menurun kepada 1590 / oz.

Harga emas masih menunjukan tahap tidak stabil...@ masih ada peluang lagi untuk membeli emas....lepas ini saya ak n tunjuk sikit tip menghadapi harga yang tidak stabil ini...tunggu...

Sekian dulu berita emas bersama Aspirasi Emas

Thursday, June 7, 2012

Assalamaualaikum!

Apa khabar kepada semua sahabat pelabur emas sekalian? Apa khabar juga kepada yang masih lagi berkira-kira unutk melibatkan diri dalam pelaburan ini.

Sudah lama saya tidak post berkaitan Analisis Teknikal harga emas ....
Seperti yang semua orang tahu, harga emas sekarang ini mengalami penurunan yang banyak sejak dari bulan Septermber 2011 hingga sekarang.

Dan pada masa sekarang ini harga emas masih boleh dikatakan pada kedudukan masih rendah..berdasarkan graf di bawah:


Graf menunjukkan pattern menaik (tapi masih belum lengkap lagi pattern ini). Dan dijangka kan akan berlaku kenaikan pada harga emas berikutan banyak data-data dari US yang menunjukkan kelebihan kepada komoditi logam berharga ini...

Walaumacamana sekali pun ini merupakan sedikit analisis teknikal, TA berdasarkan graf....pada pendapat peribadi saya, masih terlalu awal unutk mengatakan harga emas sudah dalam trend menaik...banyak perkara asas fundemental yang perlu kita beri perhatian seperti pilihanraya Greece yang dijangka adkan diadakan pada 17 June ini....ini pasti akan memberikan impak yang besar kepada harga emas...

Masih banyak perkara yang masih tidak pasti atau kata lain harga emas masih belum ada hala tuju yang jelas....ceeee macam pakar ekonomi bercakap pula!!!

TAPI jangan cemas dan susah hati kerana kepada sesiapa yang masih ada duit fiat @ masih belum terlibat dalam pelaburan emas @ belum memiliki emas pelaburan...silalah berbuat demikian dengan menalifon / sms saya semasa harga emas yang rendah dan WAJIB milik ini......

Jangan lupa.....hubungi saya dengan segera.....
019 578 6677


Sunday, June 3, 2012

Apa Dah Jadi?

Assalamualaikum!!
kepada semua penggunjung setia blog Aspirasi Emas,. Sudah lama tidak update blog bukan bermakna saya sudah berhenti dari berkongsi ilmu tentang emas tetapi kesibukan kerja utama. Sekarang dah semakin stabil dan boleh berblog lagi.

Perkembangan harge emas sekarang sudah berlegar sekitar 1600+ / oz dan baru keluar dari kepompong 1500++ / oz.

Apa yang menyebabkan harga emas melambung sangat tinggi hanya dalam masa satu hari..? Adakah emas sedang menuju kembali ke landasannya? Kenaikan harga nyang ketara ini berikutan berita tentang ekonomi US perubahan pekerja bukan ladang  yang menunjukan penurunan yang ketara...@ kata lain tidak bekerja bertambah. Orang tidak percaya kepada USD dan bertukar kepada gold.

Pendapat saya ini semua hanya sementara sahaja. Walaumacamanapun kita mesti perhatikan keadaan harga hari Isnin ini. Sesiapa ingin mengambil sedikit untung boleh berbuat demikian dengan menjual sedikit emas....macam saya....h ha.

Kepada yang masih baru dalam bidang ini saya amat menggalakan untk membeli sekarang kerana pada masa sekarang adalah dalam mode membeli.....ingat harga emas masih rendah dan harga sekarang hampir sama dengan harga pada bulan July 2011.....kita bersambung kemudian nanti...


Tuesday, April 3, 2012

Promosi Public Gold Bulan April 2012


Assalamualaikum !
Sekali lagi Public Gold menawarkan hadiah menarik pada bulan April ini....atau dengan kata lain sempena dengan harga murah ini..

dengan membeli 2ketul x 2kg silver (Rm4117 / unit pada masa blog ni ditulis) anda akan menerima cash voucher bernilai RM100.

woww ini pasti akan memberi pulangan  yang baik kepada kita apatah lagi kita memenang nak tambah stok siver kita...

buat masa sekarang harga silver masih murah macamana halatujunya?
sila rujuk http://emas9.blogspot.com/2012/03/analisis-pasaran-harga-emas-minggu-ke-4.html

ikut graf harga perak sudah 4x dalam bulan Mac 2012 cuba menembusi resistant sebelum meroket...mungkin kali ini berjaya?!!!.

Tempoh Promosi : 1 April 2012 hingga 30 April 2012
Jangan lepaskan peluang



Saturday, March 31, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-4 Mac 2012

Analisis Harga Emas khas untuk Pelaburan Emas .

Harga emas telah melalui perjalanan yang agak panjang tahun ini. Sejak awal bulan Mac sahaja harga emas sudah 4 kali cuba melepasi sumpahan Beruang. Keadaan yang tidak menentu ini telah menjadikan keresahan kepada beberapa pelabur emas yang baru, terutama yang baru bermula pada bulan September 2011 lalu.

Pejuangan Beruang dengan Lembu belum berakhir! Adakah cubaan kelima, 5 ini akan memberi kemenangan kepada Lembu atau sebaliknya. Mari kita cuba lihat graf:


Dari graf kita dapati Bullish Morning Star Pattern (kalau tak silap) telah terbentuk. Ini menunjukkan akan berlaku kenaikan pada hari berikutnya.
Harga sekarang juga berada pada garisan support bewarna putih dan bersedia untuk mendaki. Resistan seterusnya adalah pada harga 1700.

Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk menambah pelaburan emas dengan menambah stok dan juga kepada yang baru untuk mula....sekarang hubungi saya untuk lock pada harga rendah.

Bagaimana kalau kita guna Teknik Arrahnu ? Adakah ini masa yang sesuai?

Apa pun jangan tunggu lagi....

Hal ini sama juga dengan harga silver...iaitu pada harga usd32.29 / oz (harga tertinggi sebelum ini usd49.82 / oz).


Harga emas dan silver berada pada posisi untuk membeli......kita tunggu dan lihat sahaja hari Isnin ini sekiranya ada apa-apa news yang menyebelahi kedua-dua logam berharga ini, pasti harga akan cuba mendaki kepada harga tertinggi yang pernah di sentuhnya..

Sila hubungi saya Aspirasi Emas...
Tel : 019 578 6677
fb   : Aspirasi Emas
email: emas99blog@gmail.com

Terima kasih.

Thursday, March 8, 2012

Produk Terbaru Public Gold Mac 2012

Public Gold telah melancarkan produk terbarunya:

Peluangn untuk menambah stok pada musim harga runtuh, sila hubungi saya dengan segera sebelum harga naik semula.

Sunday, March 4, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Pertama Mac 2012

Harga Emas Minggu Pertama Mac 2012!!!

Secara amnya minggu depan harga emas dijangka akan meningkat, seperti yang hasil survey yang dijalankan di KITCO.

63.6% mengatakan harga naik minggu depan.
27.3% kata turun.
9.1% harga tidak berubah.

Adakan ini akan memberi apa-apa makna kepada kita?

Mari kita buat analisis sendiri berdasarkan carta yang kita ada....



Berdasarkan graf jelas menunjukan bullish trend apabila Piercing Line pattern telah terbentuk pada H4. Patul lah mereka diatas mengatakan yang harga emas akan naik minggu ini....walaumacamana sekali pun kenaikan ini bukanlah satu kenaikan yang besar kerana saya menjangkakan akan berlaku sideway atau dengan kata lain  harga emas hanya akan berlegar sekitar 1700 - 1750 / oz.

Tuesday, February 21, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-4 Februari 2012

Analisis Pasaran berdasarkan graf Metatrader 4!!

Kali ini setelah sekian kali saya nak buat analisis sedikit, ya la kebelakangan ni agak sibuk dengan tugasan kerja. Bagaimana dengan pasaran emas kita?

Berdasarkan graf diatas isyarat membeli muncul lagi pada moving average, di kuatkan lagi dengan chart pattern, hammer dan piercing line pattern. Ini semua merupakan pattern yang menunjukkan uptrend atau trend menaik. Ini pastikan akan merancakan lagi dengan pelaburan emas ini..rancak dan rancak...duit yang ada mungkin kita boleh pertimbangkan unutk pelaburan emas.

Jika kita lihat pada RSI pun masih dongak ke atas, macam roket nak terbang je...buyyer nampaknya agak aktif membuat belian memberi petanda harga akan cuba naik dan naik.

Secara amnya emas masih berada dalam keadaan bullish atau uptrend. Harga emas mungkin akan membuat sedikit pembetulan pada hujung minggu ini, berikutan berita-berita pemulihan ekonomi US yang agak positif sekarang ini.

Kebelakangan ini banyak berita-berita positif dan negetif mengenai pelaburan emas. Dalam keghairahhan kita unutk membuat pelaburan atau dengan kata lain menambah kekayaan dengan emas. Kita seharusnya lebih berhati-hati dan tidak salah anda bertanya untuk betul-betul faham dalam pelaburan emas yang pastinya ada risikonya. Ada boleh bertanya saya dengan medium di bawah.

Apakah tindakan kita pada masa ni, ya mungkin tidak keterlaluan saya katakan ianya merupakan masa yang AMAT sesuai untuk membuat tambahan stok sekitranya masih ada......(baki-baki terakhir duit...he he ). Trade range 1700 - 1750.

Silver



Sama seperti emas, silver juga menunjukkan keadaan yang positif.
Hammer pattern dengan kaki yang panjang telah muncul 2 hari yang lepas. Walaubagaimana pun masih tidak memberi momentum yang sunggu kuat unutk dia terus naik.

Cuba perhatikan harga perak, ianya cuba menghampiri moving average 200. Ini menunjukkan perak/silver masih lagi memberi peluang yang baik sekiranya ada yang masih tertunggu-tunggu dan lihat lihat samada hendak terlibat dengan perak atau tidak...masih berfikir.....fast action fast result..

Anda boleh hubugi saya melalui:

Hp  : 019 578 6677
email :  fizzie_m@yahoo.com
Skype : aspirasi.999
Facebook : Aspirasi Emas
Twitter : AspirasiEmas

Sunday, February 19, 2012

State Bank of India Tawar Potongan Istimewa


State Bank of India menawarkan potongan istimewa kepada pekerja yang mempunyai akaun bagi pembayaran gaji dengannya untuk membeli syiling emas. Dengan kata lain mereka boleh membeli syiling emas dengan kadar yang sangat istemewa. Ini akan menggalakan lagi penggunaan emas bagi negara India.

Negara India merupakan pengguna emas terbesar dunia, dimana penggunan emas sebagai penyimpan kekayaan mahu pun melibatkan berkaitan keagamaaan.

Sebenarnya mereka beruntung kerana dapat membeli emas fizikal dengan harga yang murah. Tapi orang Malaysia tetap juga untung kerana syarikat Public Gold juga menawarkan harga istemewa iaitu lebih rendah dari harga emas dipasaran.



Orang kita masih lagi mempunyai kesedaran yang rendah terhadap menyimpan emas sebagai penyimpan kekayaan. Kita lebih rela menyimpan hasil titik peluh kita dengan wang fiat. Wang fiat terdedah kepada inflasi.

Friday, February 17, 2012

China Bakal Menjadi Pengguna Terbesar Emas 2012

Negara China pengguna terbesar tenaga dan logam asas bakal mengetepikan negara India sebagai pengguna emas terbesar dunia bagi tahun 2012.

Permintaan dari China meningkat 20% kepada 769.8 metrik tons in 2011, manakala pengunaan dari India susut 7% kepada 933 ton. Pada tahun 2012 ini mereka akan menambah permintaan dan tidak mustahil menjadi pengguna terbesar emas.

Berdasarkan maklumat dari gold.org ini, tidak lagi perlu risau bagi sesiapa yang baru-baru atau bercadang untuk melabur dengan emas fizikal.

Saturday, February 4, 2012

Harga Emas Dunia Dijangka Menigkat - Utusan 3 Januari 2012


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

sumber : Utusan

Monday, January 30, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-5 Januari 2012

Analisis Pergerakan Harga Emas sudah lama tidak diupadate berikutan kesibukan duniawi yang lain. Sebenarnya saya baru sahaja mendapat baby baru. Baby ada kuning @ jaundice. Dan hampir setiap hari kena ambil darah untuk dianalisis

Alhamdullilah semua sudah ok!

Pergerakan harga emas sudah membuat pendakian sejak berlakunya breakout sekitar usd1679 /oz. Seperti biasa sekiranay tiada tindakan yang kita ambil makan ianya tidak bermakna kerana kita masih tidak memiliki emas pada harga tersebut.

Kalau kita lihat pada graf
Harga Emas

Maka dengan kata lain harga emas akan teruskan pendakian ke harga 1900 sebelum ke harga tertinggi yang baru. Jangan tunggu lagi. Emas telah turun sedikit hari ini unutk mengesahkan  / melengkapkan downtrend wave terakhir (rasanya la ha ha). Anda mungkin rasa rugi kerana terlepas memborong tempoh hari.....tetapi jangan lupa kita membeli apabila kita ada modal. Harga emas Insyallah akan naik cuma masa menentukannya.

Mungkin anda harus melihat silver pula

Harge Silver


Nampaknya silver menunjukan peluang yang lebih menarik berbanding emas. Cuba kita perhatikan pada graf diatas. Harga silver @ perak ni masih berada dibawah garisan putus-putus tambahan pula ia masih di paras bawah Moving Average (MA 200).

Tiba masanya kita memperuntukan modal kita lebih sedikit kepada silver kerana ia akan mendaki dan singgah pada harga tertingginya sebelum singgah pada harga tertinggi terbaru. Mungkin kita boleh peruntukan modal 30:70 emas:perak.

Harga emas dan perak diatas mungkin akan berubah dengan berita Fundamental minggu ini.

Tuesday, January 17, 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

Berita Harian 17/1/2012

Apa yang anda jangkan dengan berita berikut dibawah:

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

Monday, January 9, 2012

Pelabur Emas Yang Hairan 2

Pelabur Emas Yang Hairan 2, Ini merupakan sambungan artikal yang lalu.

Kali ini ramai orang yang mempersoalkan mengapa harga emas jatuh dengan banyak sedangkan sebelum ini kita katakan kenaikan harga emas disebabkan kelemahan USD dan masalah hutang zon Euro? Sekarang Euro masih masalah dan pastinya harga emas akan terus naik tapi sebaliknya?


Dari graf di atas kita dapati harga emas telah jatuh hampir 20% dalam masa 14 hari sahaja? @ harga tersebut hampir sama dengan harga pada 6/7/2011. Apa yang berlaku sebenarnya, hairan jadinya saya. Saya bukan lah pakar ekonomi jadi saya sendiri pun tak pasti apa yang berlaku, hasil bacaan saya kejadian ini disebabkan :

1. Pelabur telah menjual pegangan dalam emas untuk mengambil untung, ingat selagi kita tidak menjual emas kita tidak mendapat sebarang untung! Pada masa tu harga emas tertinggi dalam sejarah.
2. Banyak zon Euro terpaksa menjual emas mereka untuk mengurangkan faedah hutang mereka (harga emas paling tinggi pada masa tu)
3. Batu loncatan ? Ini sengaja dibuat oleh jerung-jerung



sebelum harga melompat dengan tinggi sejak tahun 2008 (kenaikan 187 % dalam masa tiga tahun @ 62% setahun) hingga tahun 2011.

Apakah ini petandan emas akan melompat kali ke dua? menurut Bloomberg bank-bank dunia mula membeli / menyimpan emas 7 kali lebih banyak dari tahun 2010.

Dengan harga emas yang rendah ini juga menyebabkan pelabur-pelabur besar akan membeli dengan kadar yang banyak! wang fiat akan terus jatuh nilai!

Ingat sekarang ini sudah menunjukan tanda-tanda pergolakan di teluk Iran. Pasti peperangan akan berlaku....

Dengan segala masalah yang datang bertimpa-timpa ini, agaknya apa akan terjadi kepada harga barangan kita nanti...adakah wang fiat kita tidak mengalami inflasi...adakah kita mampu menahan selam-lamanya inflasi dari melanda negara kita.

Adakah kita sudah cukup bersedia.....jangan hanya jadi Pelabur Emas Yang Hairan

hubungi saya 019 578 6677

Sunday, January 8, 2012

Harga Emas Dijangka Naik RM 5662 seaunz


Berita dari Berita HArian Online ini pasti akan memberi seribu makna yang berbeza kepada individu yang berbeza. Apa yang anda katakan dengan berita ini?

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.


Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.


“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.


Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.


OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.


Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset.


Sumber : Berita Harian

Saturday, January 7, 2012

Pelabur Emas Yang Hairan



Pelabur emas yang hairan,! itulah benda yang mula-mula bermain dalam kepala saya, setelah beberapa hari sibuk dengan kerja ditambahkan pula keadaan harga emas yang saya kategorikan tidak menentu. Ramai dari kawan-kawan dan pelabur yang saya kenali mula panik dan mula merungut.

Ada beberapa sebab mereka merungut:

1.Mereka menjangkakan pelaburan emas ini amat menguntungkan - sebenarnya ianya menguntungkan dalam masa sederhana dan panjang (1-3 tahun)
2. Mereka amat mengharapkankan mereka mendapat hasil pada bulan Disember yang lalu sepertimana mereka dapat dividen ASB 8%.- walaupun mereka baru melabur/membeli emas pada bulan Oktober yang lalu.
3. Harga emas semakin turun tidak seperti teori yang mengatakan ianya akan naik berikutan krisis hutang Eropah.
4. Mereka rasa seperti tertipu sebaik saja beli,harga telah turun dengan banyak - sedangkan mereka tak perasan @ lupa yang emas adalah komoditi yang akan mengalami pasang surut harga.

dan banyak lagi..... ini yang saya sempat catatkan buat masa ini. sekiranya kita mempunyai perasaan seperti di atas, bermakna kita masih kurang ilmu. Kita p tut banyak bertanya dan membuat sedikit kajian. Sebagai seorang pelabur yang baik kita seharusnya menpunyai perancangan dalam pelaburan. Ini untuk mengurangkan resiko dalam pelaburan.

Apa yang perlu kita buat?
Jangan PANIK! tarik nafas...beri masa kita bertenang, kawal emosi kita. Tunggu laporan seterusnya untuk tindakan dan perancangan / strategi.

Monday, January 2, 2012

Cabaran dealer 2012


Assalamualaikum! dan selamat menempuhv tahun baru yangn lebih mencabar!
Hari ini sudah masuk hari ke 2 dalam tahun 2012, sudahkah kita melaksanakan azam kita bagi tahun ini, sekurangkurangnya langkah pertama kita! Kalau belum lagi...mulakan sekarang. Takut nanti jadi tinggal azam je.

Kepada semua pelabur dan peniaga emas terutama dealer dan bakal dealer Public Gold, cuba tengok gambar diatas? Peluang untuk memenangi Samsung Galaxy Tab 10.1 yang hebat masa ini. Ya dengan jualan peribadi sebanyak rm300,000.00 jangan lepaskan peluang ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...