Thursday, October 11, 2012

Public Gold


Public Gold merupakan salah satu syarikat yang menjual dan membeli emas fizikal di Malaysia. Memandangkan Pelaburan Emas semakin hangat di perkatakan hampir setiap hari dalam media massa, maka marilah kita cuba berkenalan sedikit dengan syarikat Public Gold yang mempunyai HQ di pulau mutiara, Pulau Pinang.

Orang ramai semakin ramai cuba untuk mengetahui dan mendalami mengenai pelaburan emas fizikal.

Public Gold adalah jenama rasmi bagi Public Gold International Bhd (PGIB). Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk membeli dan menjual emas keluarannya dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas pada harga pasaran Antarabangsa...ianya tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas (FGJAM).

Public Gold mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan jongkong emas dan perak bertaraf antarabangsa. Setiap emas keluarannya mempunyai sijil ketulinan yang disahkan oleh "Cetified Assayer". Assayer ini berperanan untuk menguji dan memastikan setiap emas dan perak keluarannya menepati piawai yang telah ditetapkan.

Emas keluaran Public Gold boleh didapati dengan cara membeli daripada mana-mana cawangan negeri atau dealer2 sah yang dilantik oleh Public Gold sendiri. Adalah lebih baik anda membeli dan menjual emas dan perak melalui dealer2 yang ramai serata Malaysia. Ini adalah untuk mendapat nasihat dan panduan dari mereka yang berpengalaman.

Selain daripada aktiviti menjual dan membeli emas dan perak. Syarikat juga menyediakan kemudahan peti simpanan selamat yang selesa dan pastinya tidak mengangu fikiran kita dengan simpanan emas yang banyak he he....Peti Simpanan Selamat ini dikendalikan oleh rangkaian perniagaannya melalui Public Safe

ini merupakan keadaan sebenar dalam Public Safe.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...