Monday, January 9, 2012

Pelabur Emas Yang Hairan 2

Pelabur Emas Yang Hairan 2, Ini merupakan sambungan artikal yang lalu.

Kali ini ramai orang yang mempersoalkan mengapa harga emas jatuh dengan banyak sedangkan sebelum ini kita katakan kenaikan harga emas disebabkan kelemahan USD dan masalah hutang zon Euro? Sekarang Euro masih masalah dan pastinya harga emas akan terus naik tapi sebaliknya?


Dari graf di atas kita dapati harga emas telah jatuh hampir 20% dalam masa 14 hari sahaja? @ harga tersebut hampir sama dengan harga pada 6/7/2011. Apa yang berlaku sebenarnya, hairan jadinya saya. Saya bukan lah pakar ekonomi jadi saya sendiri pun tak pasti apa yang berlaku, hasil bacaan saya kejadian ini disebabkan :

1. Pelabur telah menjual pegangan dalam emas untuk mengambil untung, ingat selagi kita tidak menjual emas kita tidak mendapat sebarang untung! Pada masa tu harga emas tertinggi dalam sejarah.
2. Banyak zon Euro terpaksa menjual emas mereka untuk mengurangkan faedah hutang mereka (harga emas paling tinggi pada masa tu)
3. Batu loncatan ? Ini sengaja dibuat oleh jerung-jerung



sebelum harga melompat dengan tinggi sejak tahun 2008 (kenaikan 187 % dalam masa tiga tahun @ 62% setahun) hingga tahun 2011.

Apakah ini petandan emas akan melompat kali ke dua? menurut Bloomberg bank-bank dunia mula membeli / menyimpan emas 7 kali lebih banyak dari tahun 2010.

Dengan harga emas yang rendah ini juga menyebabkan pelabur-pelabur besar akan membeli dengan kadar yang banyak! wang fiat akan terus jatuh nilai!

Ingat sekarang ini sudah menunjukan tanda-tanda pergolakan di teluk Iran. Pasti peperangan akan berlaku....

Dengan segala masalah yang datang bertimpa-timpa ini, agaknya apa akan terjadi kepada harga barangan kita nanti...adakah wang fiat kita tidak mengalami inflasi...adakah kita mampu menahan selam-lamanya inflasi dari melanda negara kita.

Adakah kita sudah cukup bersedia.....jangan hanya jadi Pelabur Emas Yang Hairan

hubungi saya 019 578 6677

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...