Wednesday, October 24, 2012

Beli Emas di Kedai Emas


Kedai emas oh kedai emas. Pada zaman dahulu, lazimnya kita boleh membeli emas atau barang kemas dari kedai emas. Tapi kini kita boleh juga membeli secara online dan peniaga-peniaga emas runcit yang banyak di pasaran dengan pelbagai jenama produk emas.

Hari ini saya ingin cetuskan pengalaman membeli emas dari kedai emas....

Pada zaman dahulu, semasa saya masih kecil lagi. Emak pernah membawa saya pergi ke kedai emas untuk membeli barang kemas.

Emak saya akan memilih jenis barang kemas yang diminati / sesuai dan bertanyakan harganya. Taukey akan mengira harga dengan menggunakan kalkulator (sudah ada pada masa tu) dan memberitahu harga barang kemas itu. Kalau tidak sesuai dengan budget, emak akan memilih yang lain dan taukey kira lagi...emak akan membuat tawaran harga dengan taukey....taukey beri harga special...emask setuju dan bayar.......yang pasti emak tidak akan balik dengan tangan kosong.

Pada masa tu tidak banyak kedai menjual barang kemas dan biasanya semua orang / satu kampung akan membeli di kedai yang sama. Kebanyakan orang kampung akan membeli emas dengan kaedah yang sama.

Tahun-tahun kemudian, emak sudah advance - ada sedikit ilmu membeli emas..Cara beli, lebih kurang sama saja, cuma kali ini dia akan tanya berapa harga emas segram....pilih barang dan tanya upah...taukey kira dan beritau harga...tawar menawar dan ok...beli...


Perkara yang selalu kita tidak ambil berat:
1. Taukey tidak pernah mengajar kita macamana mereka mengira harga emas...
2. Kita jarang tanya jenis emas 999, 916 atau sebagainya.
3. Kita jarang bertanya susut nilai barang,,,,20%, 30% atau sebagainya.
4. kita kurang mengambil nilai berat selepas titik perpuluhan contohnya 0.8g...sikit je cuba lihat nilainya (0.8x190=rm152...he he banyak juga).
5. Kita tidak pernah membeli emas seperti membeli baju....survey dulu dari beberapa buah kedai cantik baru ambil.


Daripada cerita diatas saya dapati kebanyakan orang akan beli seperti cerita saya diatas...amat jarang sekali orang tegok dan cuba kira sendiri harga emas KENAPA

Mulai hari ni kita PATUT belajar mengira sendiri harga emas di kedai emas...

Harga barang emas = (harge emas segram X berat barang) + harga upah

Ok nanti kita sambung lagi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...