Monday, March 25, 2013

Harga Emas Semasa Minggu ke 4 Mac 2013

Harga Emas Semasa minggu ke 4 bulan Mac 2013..
Harga emas menunjukkan tanda-tanda kenaikan minggu hadapan menggikut survey oleh KITCO


Hampir 78% menjangkakan harga akan naik dan 14% menjangkakan akan turun..

Harga emas pada tahun ini masih lagi dalam downtrend. Walaubagaimana pun minggu depan saya juga menjangkan harga emas akan naik sementara unutk menguji harga 1626 dan jika momentumnya agak kuat dia akan terus menembusi harga itu sebelum berhenti pada 1637...kalau tak menjadi dia akan terus turun dibawah paras 1600....ini merupakan cubaan ke tiga unutk menenbusi garisan rintangan....

Ini pastinya menjadi berita baik kepada pelabur:
  1. Masih ada cukup masa untuk mengumpul dana dan memiliki emas pada harga rendah.
  2. Harga naik seketika minggu hadapan bagi sesiapa yang perlu menjual emas bagi kegunaan duit kecemasan.
Kita akan terus membuat pemerhatian pada harga sekita 1626.....dan


Wednesday, February 27, 2013

Tokey Emas Februari 2013


Assalamualaikum!

Panggilan terakhir unutk menjadi dealer Public Gold dengan tawaran teristimewa pada awal tahun 2013
Mengapa dikatakan tawaran ini sangat istimewa???

Ya, untuk menjadi dealer PG anda perlu membuat pembelian untuk diri sendiri @ untuk sesiapa saja yang anda suka dengan nilai sekurang-kurangnya RM20K

Tetapi pada bulan Februari 2013 dan bersempena Tahun Baru Cina, unutk menjadi dealer hanya perlu membeli 1unit 100g Gold Bar...ehhh tengok je poster kat atas tu.....


harga emas pada 27 Feb 2013 bagi 100g gold bar PG bernilai RM 17, 195 sahaja...Dengan nilai ini akan bermula lah kisah anda sebagai tokey emas @ penyimpan emas yang berjaya Insyallah....kita usaha dan Allah sahaja yang menentukan...

Kalau kita tidak mencuba kita tidak akan tahu...

Apa yang anda akan dapat adalah:
 1. 100g gold bar Public Gold.....anda mesti simpan sendiri jangan suruh saya simpankan.
 2. Bahan niaga anda yang pertama dan ianya merupakan koleksi stok anda juga ...ada orang nak beli
     jualkan...tak nak beli kita simpan...bila harga naik kita jual....bila harga turun kita beli...
3. Kedai emas maya.....dan bergerak........siapa kata nak buka kedai emas perlu belanja besar.
4. Kawan akan panggil anda tokey emas...he he
5. Poster / brochure untuk mudah kita jual produk gold
6. Dapat kawan baru tokey emas yang laiin....lagi best
7. Keuntungan menjual emas.
8. Keunutngan menyimpan emas.
9. Keuntungan Berganda = Jual Emas + Simpan Emas.

Anda akan boleh bagi link ini kepada orang lain....http://www.publicgold.com.my/referral/PG003947/97691

Hubungi saya di talian/viber : 019 578 6677

Monday, November 5, 2012

Harga Emas Semasa Minggu ke-2 November 2012

Harga Emas Semasa
Seperti biasa kita ambil dahulu analisis yang dibuat oleh KITCO....33 orang terlibat dalam survey. 23 orang telah respon dalam survey ni. 11 peserta kata harga turun, 9 kata naik, 3 kata tak berubah.


Ini analisis baru saya buat setelah melihat keadaan ekonomi dunia dan ekonomi US...seperti yang kita tahu besok 6 November 2012, US ada mengadakan piliharaya presiden...samada Obama dapat mengekalkan kedudukan atau sebaliknya..

Pada post yang lepas Analisis Pasaran Minggu ke 4 , saya ada menjangkakan harga akan terus turun sehingga 1674 (pada masa post  ni di tulis 1678).

Pada minggu ni saya tidak menolak kemungkinan ianya akan terus turun ke 1650...memandangkan kebiasaanya semasa pemilihan presiden harga emas akan terus turun berikutan pelabur menunggu keputusan pilihanraya gamaknya...harga akan naik semula pada hari khamis kalau mampu la.

Seperti biasa ini semua hanya kemungkinan sahaja bedasarkan price history...

Kepada semua kawan-kawan baru dan lama...harga emas sudah berapa pada paras tahap BORONG...

JADI:
   1. Mulakan pembelian...
   2. Pembelian dengan ilmu dan strategi
   3. Klu nak jual tunggu minggu depan..


Sekian .

Wednesday, October 24, 2012

Beli Emas di Kedai Emas


Kedai emas oh kedai emas. Pada zaman dahulu, lazimnya kita boleh membeli emas atau barang kemas dari kedai emas. Tapi kini kita boleh juga membeli secara online dan peniaga-peniaga emas runcit yang banyak di pasaran dengan pelbagai jenama produk emas.

Hari ini saya ingin cetuskan pengalaman membeli emas dari kedai emas....

Pada zaman dahulu, semasa saya masih kecil lagi. Emak pernah membawa saya pergi ke kedai emas untuk membeli barang kemas.

Emak saya akan memilih jenis barang kemas yang diminati / sesuai dan bertanyakan harganya. Taukey akan mengira harga dengan menggunakan kalkulator (sudah ada pada masa tu) dan memberitahu harga barang kemas itu. Kalau tidak sesuai dengan budget, emak akan memilih yang lain dan taukey kira lagi...emak akan membuat tawaran harga dengan taukey....taukey beri harga special...emask setuju dan bayar.......yang pasti emak tidak akan balik dengan tangan kosong.

Pada masa tu tidak banyak kedai menjual barang kemas dan biasanya semua orang / satu kampung akan membeli di kedai yang sama. Kebanyakan orang kampung akan membeli emas dengan kaedah yang sama.

Tahun-tahun kemudian, emak sudah advance - ada sedikit ilmu membeli emas..Cara beli, lebih kurang sama saja, cuma kali ini dia akan tanya berapa harga emas segram....pilih barang dan tanya upah...taukey kira dan beritau harga...tawar menawar dan ok...beli...


Perkara yang selalu kita tidak ambil berat:
1. Taukey tidak pernah mengajar kita macamana mereka mengira harga emas...
2. Kita jarang tanya jenis emas 999, 916 atau sebagainya.
3. Kita jarang bertanya susut nilai barang,,,,20%, 30% atau sebagainya.
4. kita kurang mengambil nilai berat selepas titik perpuluhan contohnya 0.8g...sikit je cuba lihat nilainya (0.8x190=rm152...he he banyak juga).
5. Kita tidak pernah membeli emas seperti membeli baju....survey dulu dari beberapa buah kedai cantik baru ambil.


Daripada cerita diatas saya dapati kebanyakan orang akan beli seperti cerita saya diatas...amat jarang sekali orang tegok dan cuba kira sendiri harga emas KENAPA

Mulai hari ni kita PATUT belajar mengira sendiri harga emas di kedai emas...

Harga barang emas = (harge emas segram X berat barang) + harga upah

Ok nanti kita sambung lagi...

Tuesday, October 23, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-4 Oktober 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-4 Oktober 2012


Analisis pada minggu ini boleh kita rujuk sedikit analisis minggu lepas. Pada minggu lepas saya menjankakan ianya akan turun ke 1714....tapi ia ambil yang agak lama hingga posting ini ditulis ianya telah mencecah 1713...

Mingguan
Minggu ini harga mungkin akan bergerak secara mendatar atau ranging..ada naik dan turun. Tidak ada data-data kuat yang boleh menlonjak dan menurunkan harga emas pada kadar yang besar

Jangka Panjang
Agak keterlaluan jika saya mengatakan ianya MUNGKIN akan turun lagi hingga 1674 (mungkin 2-3 minggu lagi)...h he....jauh sangat pula ya...Tapi ini mungkin tidak mustahil memandangkan keadaan sekarang lebih banyak memihak kepada USD.

Secara teknikal harga bergerak menuju ke garisan fibo 50 dan mungkin akan terus ke fibo 60 (1644).

Walaumacamna pun sesiapa yang ada modal...boleh membuat belian sedikit kerana harga telah turun agak banyak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...