Saturday, January 7, 2012

Pelabur Emas Yang Hairan



Pelabur emas yang hairan,! itulah benda yang mula-mula bermain dalam kepala saya, setelah beberapa hari sibuk dengan kerja ditambahkan pula keadaan harga emas yang saya kategorikan tidak menentu. Ramai dari kawan-kawan dan pelabur yang saya kenali mula panik dan mula merungut.

Ada beberapa sebab mereka merungut:

1.Mereka menjangkakan pelaburan emas ini amat menguntungkan - sebenarnya ianya menguntungkan dalam masa sederhana dan panjang (1-3 tahun)
2. Mereka amat mengharapkankan mereka mendapat hasil pada bulan Disember yang lalu sepertimana mereka dapat dividen ASB 8%.- walaupun mereka baru melabur/membeli emas pada bulan Oktober yang lalu.
3. Harga emas semakin turun tidak seperti teori yang mengatakan ianya akan naik berikutan krisis hutang Eropah.
4. Mereka rasa seperti tertipu sebaik saja beli,harga telah turun dengan banyak - sedangkan mereka tak perasan @ lupa yang emas adalah komoditi yang akan mengalami pasang surut harga.

dan banyak lagi..... ini yang saya sempat catatkan buat masa ini. sekiranya kita mempunyai perasaan seperti di atas, bermakna kita masih kurang ilmu. Kita p tut banyak bertanya dan membuat sedikit kajian. Sebagai seorang pelabur yang baik kita seharusnya menpunyai perancangan dalam pelaburan. Ini untuk mengurangkan resiko dalam pelaburan.

Apa yang perlu kita buat?
Jangan PANIK! tarik nafas...beri masa kita bertenang, kawal emosi kita. Tunggu laporan seterusnya untuk tindakan dan perancangan / strategi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...