Saturday, February 26, 2011

Bila Masa Perlu Beli Emas

Bila masa yang paling sesuai membeli emas. Ini merupakan soalan paling popular bagi pelabur-pelabur emas. Seperti biasa saya hendak syorkan agar KITA (anda dan saya) menyiapkan diri dengan ilmu pelaburan.. apa yang kita nak LABURKAN atau nak leburkan.

Harga emas sentiasa meningkat naik dan naik bagi masa yang panjang... pengalaman saya sendiri (saya mengkaji tentang pelaburan emas sejak 2008). Saya dapati pelaburan ini menarik dan menguntungan pada jangka masa panjang (tapi saya cuma membeli beberapa gm emas maya, GIA). Saya sentiasa menunggu masa yang paling sesuai untuk membeli, iaitu pada harga yang rendah. Saya masih terpengaruh dengan Sentimen Pasaran. Harga emas mahal la.. tengah naik rugi beli sekarang nanti pasti dia turun.


Malangnya harga tak lagi rendah-rendah. KINI saya baru sedar maksud pelaburan emas fizikal, kita perlu membeli dan terus membeli salagi ada wang tunai (tukar tempat menyimpan dari dalam bank ke emas fizikal). Sebenarnya kalau kita buat pelaburan komoditi, futures market, pasaran matawang dan seangkatan dengannya patutla kita kena sentiasa bimbang.

Kalau kita masih menunggu, alamatnya kita tidak akan mempunyai walau segram emas pun dan wang yang kita ada akan hilang secara perlahan-lahan tampa kita sedari (kerana beli barang yang bukan keperluan) dan mengalami susut nilai sebanyak 4% setahun betulka ini nilai inflasi Malaysia.

Sesiapa pun tak boleh kata harga emas sudah mencapai harga paling tinggi. Kita perlu membuat langkah pertama - pelaburan emas pertama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...