Saturday, October 1, 2011

Pekerja Muda Tidak Pandai Urus Wang

Kajian menunjukkan 77 peratus pekerja muda berumur antara 18 hingga 40 tahun mengakui tidak mampu menguruskan urusan kewangan peribadi sekali gus dikhuatiri boleh menyebabkan pertambahan jumlah golongan muda yang muflis di negara ini.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason, berkata pendidikan kewangan seharusnya ditekankan dalam diri golongan berkenaan bagi mengelak mereka berhadapan dengan masalah hutang serius di samping kurang kemampuan merangka pelan perbelanjaan bulanan yang efektif.

Statistik yang dikeluarkan oleh Pusat penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) ini jika tidak dibendung bakal mengundang masalah berangkai lain seperti tiada tabungan masa depan untuk kecemasan, penyalahgunaan kad kredit serta perbelanjaan melebihi pendapatan.
Golongan muda pada awal pekerjaan selalunya merancang membeli kereta tanpa memikirkan hutang yang ditanggung berserta faedah dalam jangka masa panjang, ditambah pula kos untuk petrol, tol, serta penyelenggaraan, ini adalah salah satu contoh paling dominan yang membelenggu golongan ini, katanya kepada pemberita di Perpustakaan Negara, di sini, semalam.

Sehubungan itu, FOMCA melancarkan Bulan Kewangan Berhemat dan Persidangan Perkhidmatan Kewangan dan Pengguna yang dilaksanakan setiap tahun dengan objektifnya memberi penekanan serta galakan kepada pengguna mengemukakan pelbagai isu dan aduan terhadap sektor perbankan.
Semua pengguna hendaklah mempunyai pengetahuan dalam berurusan dengan pihak perbankan terutama bagi mengelakkan mereka terjebak dalam kekeliruan berkenaan produk kewangan serta perkhidmatan sesetengah bank yang kadang kala menindas golongan pengguna secara terang-terangan, katanya.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahya, berkata golongan muda yang bekerja seharusnya tidak terlalu ghairah menukar cara hidup walaupun pendapatan bulanan adalah tinggi dan mula memperuntukkan 10 peratus daripada gaji bulanan untuk di simpan khususnya semasa kecemasan.

Kalau kita menyimpan sehari RM5 sekalipun tidak mengapa kerana dalam jangka masa 25 tahun hasilnya pasti berganda, jangan terlalu memandang kepada berapa banyak wang perlu disimpan bulanan tetapi sikap menyimpan itu wajib berterusan, katanya yang turut merasmikan program sehari itu.

BHO Blog - Benarkah wahai orang muda? sekaranglah masanya untuk belajar menyimpan wang..@ beli emas di Aspirasi Emas

sumber maklumat : http://kosmo.com.my/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...