Monday, December 5, 2011

Membeli Emas dari Kedai Emas

Selepas hampir 5 hari berada di kampung yang mempunyai liputan 3G yang agak lemah atau dengan kata lain tidak dapat nak menggunakan broadband....ekkk.
Walaubagaimanapun aktiviti jual beli emas masih boleh dijalankkan memandangkan handphone masih boleh digunakan. Ini menjadikan perniagaan emas menjadi semakain menarik dan tidak berhenti disintu sahaja.

Saya ada menerima panggilan dari seseorang yang bertanyakan berkenaan membeli emas dari kedai emas. Pada asalnya kita memang membeli emas dari kedai emas dari dulu lagi sehingga sekarang ini.Cuma kebelakangan ini kita bukan sahaja dapat membeli emas dari kedai emas malahan daripada agen syarikat pembuat emas.
Apa bezanya mereka ini, sedangkan mereka ini memenag menjual emas atau barang kemas berketulinan 999 atau 916?

Kita cuba lihat senario ini,
Secara amnya emas terbhagi kepada dua jenis iaitu barang kemas unutk hiasan dan emas unutk pelaburan seperti jongkong emas.
Kedua-dua jenis emas ini boleh didapati di kedai-kedai emas dan juga agen/dealer menjual emas pelaburan seperti Public Gold.

Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas. Ini
kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula
jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%. (Public Gold 4%-6%)

Terdapat 2 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas
iaitu:
1. PAMP Suisse
2. Poh Kong Bunga Raya

JONGKONG EMAS PAMP SUISSE
PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious
metals products).
PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka
dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada
logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.
Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm
Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia.
Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.
Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga
jongkong dengan sijil berwarna merah jambu.
Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di Habib Jewel dan sesetengah kedai emas,
Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri.
Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan
melawati laman web syarikat berkenaan di:
http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

KEBAIKAN
1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit
2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.
KEBURUKAN
1. Harga emas yang dijual adalah tinggi
2. Kadang-kadang ada kos workmanship
3. Spread yang sangat tinggi (10% - 25%)
4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka.

Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula. Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, saya tidak
menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.

Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk
membuat pelaburan emas. Ia mempunyai banyak kelemahan.
Antaranya:
1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas fizikal bank.
Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of
Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM)
(BM = Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia)
http://www.fgjam.org.my/
2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi (spread)
3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga
Raya dan PAMP Suisse Lady Fortuna, maka anda tak boleh buka pembalut plastik
tersebut. Jika anda membuka juga pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut
akan dikira emas terpakai (harga boleh dipotong sehingga 25%- sangat tinggi)
ini dulu kisah membeli emas pelaburan di kedai emas. kita akan bersambung kemudian dengan kisah membeli emas di kedai emas.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...