Saturday, September 10, 2011

Sistem Wang Kertas

Sistem Wang Kertas yang kita guna sekarang tak nampakpun sebarang cela...anda ada perasaan apa-apa tak? Cuba kita baca sikit kat bawah ni.....cuci-cuci mata hujung minggu.

sumber: http://www.petibesi.net
Sistem Wang Kertas Pertama
Wang Kertas Pertama
Pada tahun sekitar 700 masihi, masyarakat China mencipta kertas yang pertama.
China pada masa itu mengunakan wang perak sebagai matawang. Wang perak mereka unik dimana terdapat lubang ditengah. Lubang ini digunakan untuk mengikat wang syiling ini dengan tali untuk mudah dibawa.

Dan sejak 6,000 tahun dahulu, walaupun logam-logam ini mudah dibawa ianya tetap berat berbanding dengan kertas.
Oleh itu maharaja zaman itu Kublai Khan, cucu kepada Genghis Khan memperkenalkan sistem wang kertas pertama.
Sistemnya begini, seorang individu akan menyerahkan wang-wang perak miliknya kepada sebuah “bank” untuk disimpan dalam peti simpanan. Kemudian “bank” tersebut akan mengeluarkan ”resit” untuk mewakili jumlah simpanan perak. Contohnya, 10 keping syiling perak akan diberi 10 keping resit.

Resit ini kemudianya akan digunakan sebagai medium pertukaran dalam perniagaan. Setelah beberapa lama ianya menjadi popular kerana lebih mudah dibawa dan disimpan berbanding perak. Orang ramai juga yakin dengan sistem ini kerana pihak “bank” menjamin setiap keping “resit” ini mewakili sejumlah perak didalam “bank”.
Konsep ini dipanggil “sistem wang kertas disandarkan kepada logam-logam berharga”. Dan pada ketika itu kertas digunakan untuk mempermudah sistem kewangan mereka dengan mengunakan “teknologi” kertas agar lebih mudah dibawa.

Dan idea ini diterima pakai oleh pelbagai tamadun dan negara sehingga awal kurun ke-19.

Perak Lebih Sukar Ditemui
Pada kurun ke-18, wang logam emas dan perak masih lagi digunakan untuk urusniaga, samada dalam bentuk sandaran kertas atau fizikal. Pada masa itu terdapat dua jenis piawai iaitu “matawang piawaian emas” (Gold standard) dan matawang piawaian perak” (Silver standard). Piawai ini digunakan untuk mengukur nilai matawang dan ianya berbeza disetiap zaman. Secara umum diantara kedua piawai ini, emas dilihat sebagai asset lebih berharga, dimana nisbah 1 emas adalah bersamaan dengan beberapa nisbah perak. Sebagai contoh di Amerika pada masa itu, 1 oz emas bersamaan 15 oz perak.

Pada masa ini pengeluaran emas terus meningkat. Tetapi lain pula kisahnya untuk perak. Pelombongan dan pengeluaran perak semakin susut kerana sukar ditemui. Dan permintaan semakin meningkat, dari sudut industri dan juga matawang menyebabkan nilai perak semakin naik. Tiba pada suatu tahap dimana perak menjadi lebih berharga dari emas.

Ini menjadikan nisbah ukuran emas kepada perak tidak tepat. Ini menyebabkan sistem piawai emas dan perak sukar diukur dan perlu dilihat semula.

Jerman Pertama Meningalkan “Piawaian Perak”
Matawang Jerman Marks yg mengikut “Gold Standard”
Disekitar tahun 1870, Jerman negara pertama, meninggalkan “piawaian perak” dan hanya mengunakan “piawaian emas”.

Ini adalah langkah yang diambil untuk mengatasi ketidak seimbangan pertukaran antara emas dan perak. Kerajan Jerman hanya perlu menumpukan pada satu piawai sahaja.
Dengan ini bermulanya “penghapusan wang perak” dari kitaran. Tindakan Jerman ini menyebabkan semua wang-wang perak tidak lagi diterima dan ditingalkan. Dan ini menyebabkan lambakan perak dipasaran, menjadikan nilainya jatuh.

Dan ini telah memberikan impak kepada negara-negara lain. Melihat insiden ini, dan Jerman sebagai sebuah negara berpengaruh, negara-negara lain turut serta meninggalkan “piawaian perak” dan mengangkat “Piawaian Emas” sebagai polisi matawang baru.
Dan dengan insiden ini bermulalah proses wang-wang perak dikeluarkan dari kitaran.
The Great Depression
Orang ramai berebut untuk mengeluarkan wang di bank
Pada awal kurun ke-19, Amerika Syarikat mengamalkan polisi kewangan bersandarkan emas seperti apa yang dilakukan oleh negara-negara lain pada masa itu.
Diantara tahun Oktober 1929 dan 1934, berlakunya musibah ruangan dagangan saham terkemuka dunia di “Wall Street” di New York, Amerika Syarikat. Berlakunya insiden “Wall Street Crash”dimana pada waktu itu semua pasaran saham merundum jatuh menyebabkan kegagalan ekonomi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Sangat teruk sehingga ekonomi mereka berhenti serta merta.

Punca kegagalan ini adalah disebabkan pelabur dan pedagang saham mengunakan pinjaman (leverage) yang terlalu tinggi untuk membeli saham. Seperti yang kita tahu, dalam perniagaan ada masa untung, ada masa kita rugi. Apabila saham merundum, pelabur gagal membayar balik pinjaman ini dan menyebabkan bank-bank mengalamai masalah kecairan kewangan (tiada wang).

Apa bila bank bermasalah, orang ramai mula panik. Orang ramai mula berebut dan beratur panjang di bank cuba untuk mengeluarkan semua wang yang mereka ada. Akan tiba satu tahap dimana bank terpaksa mengishtiharkan cuti (bank holiday) kerana kehabisan wang (bank runs).

Kegawatan ekonomi yang sangat dahsyat menyebabkan ramai yang tiada pekerjaan, sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, lambakan barangan kerana tiada pembeli, pembinaan terpaksa ditangguhkan dan macam-macam lagi. Dan di Amerika sebuah negara industri yang hebat, kini menjadi detik hitam pada negara mereka, dan dikenali sebagai “The Great Depression“.

Emas Di Rampas Dari Orang Ramai
Arahan merampas emas dari Presiden Roosevelt
Ekonomi pada masa itu tidak bergerak langsung. Orang ramai takut untuk berbelanja dan melabur. Wang tidak bergerak, tiada wang di bank untuk diniagakan. Jika ada wang pun tiada siapa pula yang hendak meminjam.
Oleh itu presiden Amerika ketika itu Franklin Roosevelt terpaksa mengambil tindakan drastik untuk memulihkan ekonomi Amerika. Dia mengunakan kuasa mutlak presiden meluluskan akta “Emergency Banking Act”. Akta ini membenarkan kerajaan melakukan apa yang terbaik untuk memulihkan ekonomi dan berkuasa untuk mengambil alih institusi kewangan dan perbankan (nationalize).
Tindakan pertama yang diambil adalah untuk merampas semua emas dari rakyat Amerika (). Jika gagal untuk menyerahkan emas, individu boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda sebanyak $10,000 dan pejara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali !!

Dan mereka yang menyerahkan emas-emas mereka akan digantikan dengan wang kertas dollar Amerika pada nilai 1oz emas untuk $20.
Dan pada masa inilah menampakkan kebocoran sistem matawang kertas. Kerana wang boleh dicetak dengan sangat mudah. Untuk menampung proses penebusan emas ini, bank pusat Amerika atau “Federal Reserved” terpaksa mencetak sebanyak $2,000,000,000 (billion) dollar. Ingat, bank-bank sudah tiada wang, jadi $2 billion ini jatuh dari langit !!
Saya berikan sedikit gambaran bertapa banyaknya $2 billion dollar pada masa itu. Setin sup Campbell boleh di beli dengan hanya $0.20. Satu suit baru jaket dan seluar yang baik boleh dibeli tempah dengan harga $20 sahaja.
Kepada orang ramai, mereka tiada pilihan dan terpaksa menerima wang kertas ini.
Pada 1933 Inflasi Dilahirkan
Setelah operasi “merampas” emas ini tamat, orang ramai mula menyimpan wang-wang kertas ini dibank. Bank-bank boleh mula berurusniaga. Walaupun ekonomi bergerak, tetapi perlahan. Jadi untuk terus “meransang” ekonomi ini Roosevelt melaksanakan pelan kedua.

Pelan keduanya ialah dengan menyusutkan nilai matawang Dollar Amerika dari $20 per oz kepada $35d per oz emas. Ini menjadikan lebih banyak wang diperlukan untuk membeli jumlah emas yang sama.
Ini menambahkan lagi kekalutan pada orang ramai. Asset wang kertas mereka secara automatik susut nilai. Jadi mereka mula berbelanja dan melabur untuk cuba mendapatkan balik atau mengurangkan kerugian mereka. Tindakan ini memang berjaya untuk merancakan ekonomi pada masa itu, tetapi rakyat yang terpaksa menanggung kerugiannya.
Orang ramai tidak boleh buat apa-apa. Mereka tiada lagi kawalan atas emas-emas yang mereka serahkan dahulu.

Dan detik ini inflasi pada skala global dilahirkan. Dan kegiatan memanipulasi nilai matawang merupakan senjata ekonomi paling merbahaya dan masih lagi digunakan hingga hari ini.
Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa wang kertas boleh mengawal kekayaan orang lain melalui manipulasi matawang. Kita dapat lihat bagaimana kerajaan sesebuah negara boleh merampas hak orang ramai atas nama ekonomi. Kita dapat lihat bagaimana harga sesuatu barang, melalui wang kertas boleh dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.

Peperangan Terus Belarutan
Apa yang berlaku pada 1933 telah membuka jalan belakang untuk memanipulasi sistem matawang. Terbukti bahawa wang kertas boleh dicetak sesuka-hati untuk memenuhi agenda tertentu. Kemudian ianya pula boleh dimanipulasi untuk mencapai matlamat tersebut.
Masa berlalu, dari Perang Dunia Pertama ke Perang Dunia Kedua, Perang Dingin ke Vietnam. Anda boleh lihat senarai peperangan yang Amerika terlibat sejak dahulu lagi di pautan dibawah.
Dan kita tahu peperang kosnya amat-amat tinggi. Kos untuk penyelidikan dan pengeluaran senjata, menghantar setelit pengintip ke angkasa, membuat jet pejuang yang harganya ratusan juta ringgit dan macam-macam lagi. Bila pertama kali saya melihat senarai peperangan diatas, saya tidak boleh bayangkan berapa banyak belanja yang terpaksa dikeluarkan.
Dan kelebihan untuk mencetak wang sesuka-hati membolehkan Amerika untuk membiayai peperangan.
Eropah Pula Tumbang
Adolf Hitler
Perang Dunia Kedua (WW2), Eropah hancur. Dari Great Britain sehingga ke barat Russia.
Dan dalam peperangan ini Amerika yang mengaut keuntungan maksima.
Amerika pada mulanya tidak menyertai secara “rasmi” dalam WW2. Tetapi mereka sertai dengan memberi bantuan kepada Pihak Berikat (Allied). Pada masa itu Eropah membelanjakan wang yang banyak membeli senjata dan makanan dan segala macam bantuan daripada Amerika. Segala wang sandaran emas Eropah berpindah ke Amerika.
Kemudian setelah sampai tahap kronik, Amerika campur tangan dalam krisis Eropah itu, bersama tentera Berikat untuk menentang Hitler.

Apabila tamat peperanga, Eropah sudah tiada apa-apa. Jumlah kematian tidak terkira, kemusnahan infrastruktur dimana-mana, harta benda dirampas dan disembunyikan oleh rejim Hitler.
Britain pada masa itu merupakan kuasa paling berpengaruh turut tumbang. Pada suatu ketika Pound Sterling merupakan watawang ekonomi antarabangsa, kini jatuh merundum dan kekayaan Eropah telah berpindah tangan ke Amerika.
Oleh itu Eropah memerlukan ekonomi baru.

Perjanjian Bretton Woods
Pada Julai 1944, sebanyak 730 peserta dari 44 negara berikat menyertai persidangan ini di Bretton Woods, New Hempshire, Amerika Syarikat. Matlamat persidangan ini adalah untuk mencari jalan keluar dari kemelut ekonomi dunia, terutamanya di Eropah selepas WW2.

Pada persidangan ini Perjanjian Bretton Woods (The Bretton Woods Accord) dimeterai dimana sistem matawang baru diperkenal.
1. Setiap negara tidak dibenarkan mengunakan “Gold Standard”.
2. Setiap negara akan mengunakan “Dollar Standard”
3. Dan setiap dollar Amerika ditambatkan pada emas pada nilai $35 per 1oz emas
4. Setiap negara akan mempunyai nilai tukaran matawang yang tetap dibandingkan dengan dollar Amerika (bukan emas). Contohnya 15 yen bersamaan $1.
5. Dan setiap matawang yang disandarkan pada dollar Amerika boleh ditebus dengan emas, berdasarkan tukaran matawang tetap (item 4).
6. Matawang lain boleh diubah nilai (susut atau naik) tetapi mesti ditambat pada dollar Amerika.

Dan pada hari ini tamatlah riwayat “piawaian matawang emas”.
Dan juga, secara automatik menamatkan riwayat Pound Sterling sebagai matawang antarabangsa.
Kini Dollar Amerika menjadi piawai matawang antarabangsa atau dipangil “World Reserved Currency”.

Richard Nixon Keluarkan Emas dari Kitaran

Walaupun Perjanjian Bretton Woods menambat dollar pada emas, tetapi ini tidak melarang Amerika untuk terus mencetak dan memanipulasi sistem matawang.
Pada 1971, Amerika sibuk dengan peperangan Vietnam. Dan kos peperangan ini semakin meningkat. Dan Amerika kini berbelanja lebih dari pendapatan.
Untuk menampung perbelanjaan ini, mereka perlukan lagi wang.

Kerana dollar Amerika adalah matawang tambatan, dollar mesti sentiasa ada dalam kitaran. Sistem matawang dollar mesti sentiasa cair (liquidity) untuk mengelakan kegagalan ekonomi seperti apa yang berlaku pada Great Depression. Dan jika setiap dollar telah dibelanjakan untuk peperangan, mereka terpaksa meneruskan mencetak wang sesuka hati, menjadikan wang kertas lebih banyak dari emas simpanan Amerika.

Mereka telah lupa pada perjanjian Bretton Woods yang mereka tanda tangani dulu dimana 1oz emas ditambatkan pada $35.
Dan ini merisaukan negara-negara yang terlibat didalam perjanjian Bretton Woods. Mereka risau kerana setiap keping matawang mereka yang disandarkan pada dollar Amerika semakin susut nilai.
Amerika muncul dengan satu idea yang “boombastik”. Untuk mengatasi masalah penyusutan nilai matawang, Amerika mengsyorkan agar negara-negara lain menyusutkan nilai matawang agar boleh diselarikan dengan penyusutan nilai matawang dollar Amerika.
Dan Jerman Barat sekeras-kerasnya menolak usul ini dan tidak akan menyusutkan nilai matawang Deutsche Mark mereka. Ini menjadikan keadaan lebih sukar untuk Amerika. Insiden ini menyebabkan pelabur mula kurang tertarik dollar Amerika dan membeli Deutsche Mark menyebabkan harga dollar Amerika semakin susut.

Susulan itu, Switzerland pula menukarkan $50 million wang dollar Amerika dengan menuntut semula emas-emas mereka seperti yang termaktub dalam perjanjian Bretton Woods. Diikuti dengan Peranchis sebanyak $191 million dollar Amerika.
Ini telah menyusutkan simpanan emas Amerika. Bagaimana semua dollar Amerika didalam kitaran hendak disandarkan pada emas apabila simpanan semakin susut ?
Akhirnya Richard Nixon terpaksa mengambil langkah yang drastik. Pada Ogos 15, 1971 beliau mengumumkan bahawa Amerika lagi tidak akan memenuhi perjanjian Bretton Wood. Dengan selamba, Amerika tidak akan memenuhi tuntutan untuk menukarkan dollar Amerika kepada emas seperti yang dijanjikan.

Dan pada hari itu, secara keseluruhan sistam matawang bersandarkan logam-logam berharga kini hilang dari kitaran. Kini dollar Amerika hanya disandarkan hanya pada keyakinan dan kewibawaan terhadapan pentadbiran dan ekonomi Amerika Syarikat.
Dan sejak tahun 1940an, kita telah hidup dengan kepercayaan terhadap dollar Amerika. Dan jika kepercayaan ini musnah, apakah akan terjadi seterusnya ?
Tidakkah kita pernah belajar dari sejarah ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...