Wednesday, August 17, 2011

Emas oh Emas

Pelaburan emas semakin mendapat perhatian orang ramai sejak kebelakangan ini berikutan mendapat perhatian media massa. Banyak panggilan / sms dari orang ramai yang cuba mendapat sedikit info pasal emas. Kenaikan harga emas sudah lama kita tahu cuma kita kurang sedar. Kita cuma tahu emas sebagai barang perhiasan / barang kemas.

Cuba tengok emak kita, paling tak mesti dia memakai cincin emas. Emak kita juga pernah cerita, dulu harga emas murah sekarang mahal. Tapi mengapa emak kita tidak membuat pelaburan emas?. Betulkah emas memberi pulangan yang tinggi?


Pada carta harga emas satu tahun diatas kita boleh lihat kenaikan adalah 27%. Sila rujuk carta harga emas untuk melihat carta harga emas semasa.

Itu cerita dulu-dulu. Tapi sekarang sudah ada cara untuk kita membuat pelaburan emas, kita sudah boleh membeli emas jongkong, kita sudah boleh beli dinar dan dirham. Kita cuma tukarkan wang yang ada didalam bank (ASB, ASN, dll) kepada emas cuba lihat produk emas yang boleh di beli
Kita juga boleh berurusniaga menggunakan dinar dan dirham. Boleh kah kita guna emas sebagai matawang, selama ni kita tahu emas hanya sebagai barang kemas sahaja.

Wang yang kita guna sekarang atau lebih dikenali sebagai wang fiat. Hari ni tak mahu cerita sejarah wang. Cuba sekali lagi kita lihat duit kertas kita, ada tulis RM1, RM 10 dan RM 50. Cuba kita fikirkan apa kiranya BNM tulis RM1000. Sure wang fiat tu bernilai RM1000. Sekarang ni kita potong kepada dua bahagian berapa nilai duit kita sekarang....waa tak ada nilai la.....opppp dengan kata lain duit fiat ni cuma tertulis nilainya saja dan hanya diterima orlh orang Malaysia sahaja.

Pada tahun 80an dulu kita bawa je RM10 ke pasar tani (dah ada ka pasar tani waktu tu ?) banyak barang kita boleh beli bawa balik. Pada 2011, cuba bawa RM10....boleh kita beli sebanyak tahun 80an.????? ahak kalau kita simpan duit RM10 000 pada tahun 80an boleh kah kita membeli barang bernilai RM10 000 pada tahun 2011.??? Fikirkan.

Pada zaman dahulu orang menjual kambing dengan harga 1 dinar. Pada 2011 kita masih membeli kambing dengan harga 1 dinar (lebih kurang RM700++). KALIS INFLASI.

Jangan sesekali harta kekayaan kita yang kita cari berpeluh-peluh, kena marah, stress dan sebagainaya hilang nilai KUASA BELI kerana inflasi. Fikirkanlah setelah dah faham...next saya akan ceritakan dengan lebih mendalam jenis-jenis emas yang kita boleh beli dan cara memaksimumkan KEKAYAAN kita. Insyallah.

Call / sms saya untuk keterangan lanjut
019 578 6677

Saturday, August 13, 2011

Analisis Teknikal : Harga Emas Minggu Kedua Ogos 2011


Kali ini kita buat sedikit Analisis Teknikal.

Harga emas ditutup rendah pada hari kedua setelah meroket tinggi dalam sejarah emas..Pembetulan harga ini berlaku disebabkan pengukuhan Jualan Runcit US telah naik 0.5%. Dengan kata lain kenaikan dalam matawang US memaksa harga emas turun sedikit.

Agak sukar untuk meramalkan pergerakan harga emas sekarang. Persoalan sekarang adakah harga akan terus turun atau sekadar pembetulan harga sahaja? Jika dilihat pada graf dibawah :


Pada H4 dah terbentuk hammer pattern atau kata lain pattern yang akan menunjukkan harga akan naik setelah itu. Sebenarnya ini bukanlah jawapan yang baik untuk harga emas terus naik.

Bagi pendapat saya, harga emas masih dalam sideline. Pelabur lebih kepada tunggu dan lihat menunggu isyarat yang betut-betul kuat unutk menentukan arah harga emas.

Seperti biasa saya akan katakan "belilah emas pada bila-bila masa apabila kita ada duit bukan NAK beli emas pada masa kita tidak ada duit".

Kepada yang belum buat apa-apa tindakan boleh call saya secepat mungkin kerana harga sekarang pada 1745 / oz akan kekal hingga hari Ahad ni. Isnin munkin akan naik dan naik semula pada resistance $1817 / oz.

Call 019 578 6677

Thursday, August 11, 2011

FGJAM 11 Ogos 2011


Emmm harga naik lagi dan lagi bagaikan pesta adakah harga akan bertahan atau akan turun?
Ramai kawan-kawan call untuk minta nasihat @ untuk senangkan hati masing-masing. Hari ini agak sibuk tunggu emas ..opp emak saya balik dari Mekah mengerjakan Umrah pada bulan Ramadan..

Tak mau kata apa-apa pada hari ni.

Tunggu analisis pasaran saya seterusnya... besok.....Insyallah

Sunday, August 7, 2011

FGJAM 5 Ogos 2011

Persatuan Peniaga-peniaga Emas naikakn lagi harga emas pada 5 Ogos 2011..


Agak-agak kita berapa kali lagi harga emas akan dinaikan hingga akhir tahun ni? Standard & Poor's dah turunkan credit rating us dari AAA ke AA+  tentu akan menlonjakkan lagi harga emas ni... Apa pu kita tunggu hari Isnin ini.

Tapi adalah sekarang masanya kita beli emas... ini meruppakan soalan paling popular masa kita dan dibahaskan dimana-mana saja oleh pelabur emas. Dan pelbagai jawapan yang kita perolehi dari otai-otai emas.

Kebanyaakan menyarankan kita beli je bila ada duit. Jangan tunggu harga murah tapi masa tu tak ada duit pula.. ha ha selalu jadi macam tu. Jawapan ini saya amat setuju tambahan pula waktu dekat nak raya ni...banyak nak pakai duit...tapi bila sebahagian cash yang kita ada dah tukar pada gold, kebocoran pasti boleh dibendung. Jangan lupa nak raya.. Pandai-pandai mengurus wang. Tepuk dada tanya selera. tepuk poket...tengok duit...

Harga emas sememangnya dijangka naik walaupun Bulan Ramadan (tidak seperti Tahun Baru Cina - harga turun). Apa nak susah. Sebenarnya kita cuma sandarkan wang kita kepada emas, tu je. Lindugi nilainya. Bila kita nak guna, barulah kita cairkannya ikut jumlah yang kita perlukan.

Apa pun selamat berpuasa, Tingkatkan amalan kita kerana mungkin ini merupakan Ramadan  terakhir buat kita. Nak tahu lagi pasai emas atau nak jadi dealer boleh call / sms

019 - 578 6677

Saturday, August 6, 2011

S&P downgrades U.S. debt from AAA

Standard & Poor's telah menurunkan kadar pinjaman US dari AAA ke AA. Dengan kata lain US menunjukkan keupayaan membayar hutang US semakin teruk. Adakah ini tanda-tanda USD akan musnah. Segala tidakan yang dilakukan oleh Obama tak menjadi. Semua matawang yang bersandarkan kepada USD akan turut musnah. Cuba baca sebahagian dari berita ni:

(CBS/AP)
Credit rating agency Standard & Poor's says it has downgraded the United States' credit rating for the first time in the history of the ratings.

The credit rating agency says that it is cutting the country's top AAA rating by one notch to AA-plus. The credit agency said late Friday that it is making the move because the deficit reduction plan passed by Congress on Tuesday did not go far enough to stabilize the country's debt situation and that the policymaking is not stable or effective as needed to address the current economic challenge.

S&P said in a statement that "the downgrade reflects our view that the effectiveness, stability, and predictability of American policymaking and political institutions have weakened at a time of ongoing fiscal and economic challenges to a degree more than we envisioned when we assigned a negative outlook to the rating on April 18, 2011."

It added: "The outlook on the long-term rating is negative. We could lower the long-term rating to 'AA' within the next two years if we see that less reduction in spending than agreed to, higher interest rates, or new fiscal pressures during the period result in a higher general government debt trajectory than we currently assume in our base case."

baca lagi di CBS News
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...