Pelaburan emas semakin mendapat perhatian orang ramai sejak kebelakangan ini berikutan mendapat perhatian media massa. Banyak panggilan / sms dari orang ramai yang cuba mendapat sedikit info pasal emas. Kenaikan harga emas sudah lama kita tahu cuma kita kurang sedar. Kita cuma tahu emas sebagai barang perhiasan / barang kemas.
Cuba tengok emak kita, paling tak mesti dia memakai cincin emas. Emak kita juga pernah cerita, dulu harga emas murah sekarang mahal. Tapi mengapa emak kita tidak membuat pelaburan emas?. Betulkah emas memberi pulangan yang tinggi?
Pada carta harga emas satu tahun diatas kita boleh lihat kenaikan adalah 27%. Sila rujuk carta harga emas untuk melihat carta harga emas semasa.
Itu cerita dulu-dulu. Tapi sekarang sudah ada cara untuk kita membuat pelaburan emas, kita sudah boleh membeli emas jongkong, kita sudah boleh beli dinar dan dirham. Kita cuma tukarkan wang yang ada didalam bank (ASB, ASN, dll) kepada emas cuba lihat produk emas yang boleh di beli
Kita juga boleh berurusniaga menggunakan dinar dan dirham. Boleh kah kita guna emas sebagai matawang, selama ni kita tahu emas hanya sebagai barang kemas sahaja.
Wang yang kita guna sekarang atau lebih dikenali sebagai wang fiat. Hari ni tak mahu cerita sejarah wang. Cuba sekali lagi kita lihat duit kertas kita, ada tulis RM1, RM 10 dan RM 50. Cuba kita fikirkan apa kiranya BNM tulis RM1000. Sure wang fiat tu bernilai RM1000. Sekarang ni kita potong kepada dua bahagian berapa nilai duit kita sekarang....waa tak ada nilai la.....opppp dengan kata lain duit fiat ni cuma tertulis nilainya saja dan hanya diterima orlh orang Malaysia sahaja.
Pada tahun 80an dulu kita bawa je RM10 ke pasar tani (dah ada ka pasar tani waktu tu ?) banyak barang kita boleh beli bawa balik. Pada 2011, cuba bawa RM10....boleh kita beli sebanyak tahun 80an.????? ahak kalau kita simpan duit RM10 000 pada tahun 80an boleh kah kita membeli barang bernilai RM10 000 pada tahun 2011.??? Fikirkan.
Pada zaman dahulu orang menjual kambing dengan harga 1 dinar. Pada 2011 kita masih membeli kambing dengan harga 1 dinar (lebih kurang RM700++). KALIS INFLASI.
Jangan sesekali harta kekayaan kita yang kita cari berpeluh-peluh, kena marah, stress dan sebagainaya hilang nilai KUASA BELI kerana inflasi. Fikirkanlah setelah dah faham...next saya akan ceritakan dengan lebih mendalam jenis-jenis emas yang kita boleh beli dan cara memaksimumkan KEKAYAAN kita. Insyallah.
Call / sms saya untuk keterangan lanjut
019 578 6677
No comments:
Post a Comment