Monday, January 30, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-5 Januari 2012

Analisis Pergerakan Harga Emas sudah lama tidak diupadate berikutan kesibukan duniawi yang lain. Sebenarnya saya baru sahaja mendapat baby baru. Baby ada kuning @ jaundice. Dan hampir setiap hari kena ambil darah untuk dianalisis

Alhamdullilah semua sudah ok!

Pergerakan harga emas sudah membuat pendakian sejak berlakunya breakout sekitar usd1679 /oz. Seperti biasa sekiranay tiada tindakan yang kita ambil makan ianya tidak bermakna kerana kita masih tidak memiliki emas pada harga tersebut.

Kalau kita lihat pada graf
Harga Emas

Maka dengan kata lain harga emas akan teruskan pendakian ke harga 1900 sebelum ke harga tertinggi yang baru. Jangan tunggu lagi. Emas telah turun sedikit hari ini unutk mengesahkan  / melengkapkan downtrend wave terakhir (rasanya la ha ha). Anda mungkin rasa rugi kerana terlepas memborong tempoh hari.....tetapi jangan lupa kita membeli apabila kita ada modal. Harga emas Insyallah akan naik cuma masa menentukannya.

Mungkin anda harus melihat silver pula

Harge Silver


Nampaknya silver menunjukan peluang yang lebih menarik berbanding emas. Cuba kita perhatikan pada graf diatas. Harga silver @ perak ni masih berada dibawah garisan putus-putus tambahan pula ia masih di paras bawah Moving Average (MA 200).

Tiba masanya kita memperuntukan modal kita lebih sedikit kepada silver kerana ia akan mendaki dan singgah pada harga tertingginya sebelum singgah pada harga tertinggi terbaru. Mungkin kita boleh peruntukan modal 30:70 emas:perak.

Harga emas dan perak diatas mungkin akan berubah dengan berita Fundamental minggu ini.

Tuesday, January 17, 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

Berita Harian 17/1/2012

Apa yang anda jangkan dengan berita berikut dibawah:

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

Monday, January 9, 2012

Pelabur Emas Yang Hairan 2

Pelabur Emas Yang Hairan 2, Ini merupakan sambungan artikal yang lalu.

Kali ini ramai orang yang mempersoalkan mengapa harga emas jatuh dengan banyak sedangkan sebelum ini kita katakan kenaikan harga emas disebabkan kelemahan USD dan masalah hutang zon Euro? Sekarang Euro masih masalah dan pastinya harga emas akan terus naik tapi sebaliknya?


Dari graf di atas kita dapati harga emas telah jatuh hampir 20% dalam masa 14 hari sahaja? @ harga tersebut hampir sama dengan harga pada 6/7/2011. Apa yang berlaku sebenarnya, hairan jadinya saya. Saya bukan lah pakar ekonomi jadi saya sendiri pun tak pasti apa yang berlaku, hasil bacaan saya kejadian ini disebabkan :

1. Pelabur telah menjual pegangan dalam emas untuk mengambil untung, ingat selagi kita tidak menjual emas kita tidak mendapat sebarang untung! Pada masa tu harga emas tertinggi dalam sejarah.
2. Banyak zon Euro terpaksa menjual emas mereka untuk mengurangkan faedah hutang mereka (harga emas paling tinggi pada masa tu)
3. Batu loncatan ? Ini sengaja dibuat oleh jerung-jerung



sebelum harga melompat dengan tinggi sejak tahun 2008 (kenaikan 187 % dalam masa tiga tahun @ 62% setahun) hingga tahun 2011.

Apakah ini petandan emas akan melompat kali ke dua? menurut Bloomberg bank-bank dunia mula membeli / menyimpan emas 7 kali lebih banyak dari tahun 2010.

Dengan harga emas yang rendah ini juga menyebabkan pelabur-pelabur besar akan membeli dengan kadar yang banyak! wang fiat akan terus jatuh nilai!

Ingat sekarang ini sudah menunjukan tanda-tanda pergolakan di teluk Iran. Pasti peperangan akan berlaku....

Dengan segala masalah yang datang bertimpa-timpa ini, agaknya apa akan terjadi kepada harga barangan kita nanti...adakah wang fiat kita tidak mengalami inflasi...adakah kita mampu menahan selam-lamanya inflasi dari melanda negara kita.

Adakah kita sudah cukup bersedia.....jangan hanya jadi Pelabur Emas Yang Hairan

hubungi saya 019 578 6677

Sunday, January 8, 2012

Harga Emas Dijangka Naik RM 5662 seaunz


Berita dari Berita HArian Online ini pasti akan memberi seribu makna yang berbeza kepada individu yang berbeza. Apa yang anda katakan dengan berita ini?

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.


Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.


“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.


Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.


OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.


Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset.


Sumber : Berita Harian

Saturday, January 7, 2012

Pelabur Emas Yang Hairan



Pelabur emas yang hairan,! itulah benda yang mula-mula bermain dalam kepala saya, setelah beberapa hari sibuk dengan kerja ditambahkan pula keadaan harga emas yang saya kategorikan tidak menentu. Ramai dari kawan-kawan dan pelabur yang saya kenali mula panik dan mula merungut.

Ada beberapa sebab mereka merungut:

1.Mereka menjangkakan pelaburan emas ini amat menguntungkan - sebenarnya ianya menguntungkan dalam masa sederhana dan panjang (1-3 tahun)
2. Mereka amat mengharapkankan mereka mendapat hasil pada bulan Disember yang lalu sepertimana mereka dapat dividen ASB 8%.- walaupun mereka baru melabur/membeli emas pada bulan Oktober yang lalu.
3. Harga emas semakin turun tidak seperti teori yang mengatakan ianya akan naik berikutan krisis hutang Eropah.
4. Mereka rasa seperti tertipu sebaik saja beli,harga telah turun dengan banyak - sedangkan mereka tak perasan @ lupa yang emas adalah komoditi yang akan mengalami pasang surut harga.

dan banyak lagi..... ini yang saya sempat catatkan buat masa ini. sekiranya kita mempunyai perasaan seperti di atas, bermakna kita masih kurang ilmu. Kita p tut banyak bertanya dan membuat sedikit kajian. Sebagai seorang pelabur yang baik kita seharusnya menpunyai perancangan dalam pelaburan. Ini untuk mengurangkan resiko dalam pelaburan.

Apa yang perlu kita buat?
Jangan PANIK! tarik nafas...beri masa kita bertenang, kawal emosi kita. Tunggu laporan seterusnya untuk tindakan dan perancangan / strategi.

Monday, January 2, 2012

Cabaran dealer 2012


Assalamualaikum! dan selamat menempuhv tahun baru yangn lebih mencabar!
Hari ini sudah masuk hari ke 2 dalam tahun 2012, sudahkah kita melaksanakan azam kita bagi tahun ini, sekurangkurangnya langkah pertama kita! Kalau belum lagi...mulakan sekarang. Takut nanti jadi tinggal azam je.

Kepada semua pelabur dan peniaga emas terutama dealer dan bakal dealer Public Gold, cuba tengok gambar diatas? Peluang untuk memenangi Samsung Galaxy Tab 10.1 yang hebat masa ini. Ya dengan jualan peribadi sebanyak rm300,000.00 jangan lepaskan peluang ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...