Harga emas ditentukan sekali lagi oleh Persatuan Pekedai-pekedai Emas (FGJAM) update pada 15 April 2011. Ini ertinya kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewel, Wan Chan dan seangkatan dengannya akan naikkan harga mereka.
Kenaikan untuk se gram emas 999 ialah RM172 yang sebelum ini berharga RM160. Sementara emas 916 naik dari RM151 se gram ke RM162 se gram.
Kita masih tunggu dan lihat harga emas akan naik meningalkan kita secara beransur-ansur seperti tahun-tahun yang lalu. Emmm duit tak ada pula...(alasan biasa kita buat). Mungkin tahun depan kita masih beli emas pada harga yang lebih mahal.
Sebagai pelabur apa yang kita perlu buat sekarang.
Sekarang emas berada pada paras AS$1474 / oz. Harga emas dijangkan akan naik sehingaa AS$1600 / oz pada hujung tahun ni (KOSMO). Belum terlambat untuk kita menambah pelaburan kita.Poh Kong telah menambah pelaburan RM9 juta pada 2011 iaitu menambah kedai sebanyak 3 buah. Ar Rahnu Agrobank juga telah ditambah pada tahun ni... apakah semua berita ni memberi erti kepada kita. Ini menunjukkan permintaan terhadap emas telah meningkat.
Kesedaran orang kita sudah meningkat...ini semua gara-gara inflasi yang sedang meningkat sekarang ni. Selagi pergolakan masih berlaku di timur tengah, krisis ekonomi Eropah dan tsunami.
Harga emas terus menenus naik ya tiap tahun.
ReplyDelete