Saturday, April 9, 2011

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Pertama April 2011

Harga emas terus melonjak,  satu rekod baru untuk kenaikan empat minggu berturut-turut. Ini berikutan kelemahan dolar dan melonjakkan permintaan untuk logam berharga sebagai satu aset alternatif dan anti inflasi. Silver melonjak ke paras $40 satu auns dalam masa  31 tahun.
Emas naik $1,476.40 satu auns di New York, tertinggi pernah dicapai, selepas dolar menurun kepada paras terendah sejak Disember 2009 berbanding enam mata wang utama yang lain. Minyak mentah menyentuh 30 bulan tinggi menurut Bloomberg

Niaga hadapan emas untuk bulan Jun naik $16.60, atau 1.1 peratus, untuk $1,475.90 pada 4:37 p.m. dalam dagangan lepas waktu kerja pada Comex di New York.

Emas akan naik mencapai $1,500 satu auns yang boleh dicapai seawal minggu depan. Silver disasarkan $43 satu auns.

Kurt Kinker, penganalisis pasaran utama pada Mirus Futures, kata walaupun harga telah naik dengan banyak,  dia tidak bersedia menyebut pasaran mengalami terlebih beli (overbought).

“Terdapat begitu banyak faktor luaran (harga menyokong). Saya tidak tahu jika saya akan berkata ia terlebih beli, tetapi ia agak satu kenaikan,” Kinker berkata.

Terdapat beberapa faktor minggu ini yang mana telah menyokong emas dan harga-harga perak. Kebimbangan terhadap inflasi seperti beberapa negara, termasuk China dan European Central Bank, telah menaikkan kadar-kadar faedah menangkis serangan harga meningkat.

Harga minyak yang terus naik boleh melembabkan ekonomi dunia... semamangnya masa yang sangat sesuai untuk emas...saya bukan untuk kempen membeli emas.. tetapi lebih kepada kesedaran menukarkan duit fiat kepada emas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...