Sunday, February 13, 2011

Kamus Emas

Kamus Emas pernah tak anda dengar Kamus Emas terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerana susah nak dapat di sini saya huraikan sedikit disini beberapa istilah untuk memudahkan kita faham semasa berurusniaga dengan emas.

spread
Perbezaan harga jual dan beli (We Sell dan We Buy). Semakin rendah spread semakin tinggi peluang kita nak dapat untung. (ini istilah saya sendiri.. ramai orang sure tak suka huraian ni.)

lock
Semasa pembeli dan penjual bersetuju dengan harga emas. Harga emas ada naik dan turun. Macam PG pergerakan harga berubah setiap 20 minit sekali. Kalau dok ikut harga tu sampai bila kita nak beli emas. Maka penjual dan pembeli kena ada kata sepakat pada harga berapa pembeli nak. Setelah harga di lock , urusniaga kira sah. Naik ka turun ka tak boleh ubah lagi.

ketulinan
Ketulinan maksudnya berapa % emas dalam logam tersebut. contoh Emas 24 carat atau 99.9% emas, emas 999(emas sepuluh). Emas 22 carat atau 91.6% emas, emas 916, 21 carat atau 87.5%.(kita cerita hari lain jenis emas ya)

kitco
Salah satu penjual logam terkemuka termasuk emas. Pejabat di Kanada dan ada cawangan di Amerika. Laman web mereka di jadikan rujukan untuk harga emas dan logam-logam lain.

Aspirasi Emas
Blog ilmu emas.. ka ka blog ni la. Nanti kita sambung Kamus Emas 2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...