Berita Harian – 20 Feb 2011 KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Disember 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009. Ia adalah bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini, berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion. Katanya, ia adalah peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009. “Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya. “Bayaran dividen ini diperoleh selepas ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran,” katanya. Samsudin berkata, untuk bayaran dividen 2010, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli. Katanya, jumlah itu meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada 2009.”
pelaburan emas di Malaysia, perkongsian ilmu pelaburan emas, Public Gold, Public Dinar, GIA, Maybank dan lain-lain pelaburan
Wednesday, February 23, 2011
Dividen KWSP 2010
Dividen KWSP menunjukkan kenaikan berbanding 2009...adakah ini petanda ekonomi kita semakin baik.. dan ini tentu berita baik unutk kita semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment