Sudah lama tak update blog dek sibuk dengan hal-hal berkaitan kerja. Apa berita emas ya ? Mula-mula sekali kena lihat pasaran emas dan ekonomi dunia.. apa dah jadi sekarang ini ya...
Wah, Alhamdulillah harga emas sedang meletup lupanya.. dan meroket...pummmm. Ok sebab apa?
Jom buat Analisis Pasaran sikit..
Pada hari ini, Yuan, China telah mengalami kenaikan tertinggi sejak 17 tahun. Ini berikutan kerja-kerja spekulasi untuk menaikan nilai Yuan bagi mengekang inflasi yang di alami berikutan kenaikan harga minyak dan ketidak tentuan di Timur Tengah. Tambahan pula berita ekonomi kebelakang ini telah menyebelahi USD (USD, jatuh EMAS naik. teori asas emas...betulka komen sikit otai-otai)
Semua perkara ini telah membantu harga emas untuk meroket semula. Harga emas dah naik hingga $1400 se ounce. Kalau di lihat pada indicator BB, High volatility expected . Harga emas mungkin akan terus mendaki bagi minggu ini. Kalau tak ada arang melinntang akan cecah $1450.. (emm bila ya, tunggu).
Dah lama saya menjengok silver.. dari jauh dia menunjukan prestasi yang sangat mengujakan...apa taknya...harga siver meroket melepasi harga tertinggi sebelum ini, 31.36 bulan Dec lalu dan sekarang 33.69.
Pasti anda rasa rugi jika selama ni tunggu dan lihat saja pada silver, mentang-mentang la dia tak secantik emas. Apa pun sesiapa yang dah beli, TAHNIAH di ucapkan.
Sementara emas sedang mendaki, duit yang ada mari kita beli logam-logam ini. Ingat semua ini adalah pelaburan jangka panjang. Jangan merisaukan diri anda dengan membuat pelaburan yang anda tidak pasti jaminannya. Tambahkan ilmu..dan dalam masa yang sama terukan membeli.
Setiap kali kita terlibat dengan sesuatu pelaburan yang telah kita membuat kajian dan amati dan kita telah ceburi baru lah kita akan menjadi lebih advance kerana kini kita lebih feel dengan pelaburan itu. Ini berdasarkan pengalaman saya mengamati Pelaburan Emas ini..
Call saya kalau tak faham....019 578 6677 FREE je.
No comments:
Post a Comment