Monday, February 28, 2011

Analisis Pasaran : Harga Minggu 1 Mac 2011

Keadaan huru-hara di Timur Tengah dan kenaikan harga minyak menyebabkan harga emas juga meningkat. Emas dijadikan pelindugan kepada kekayaan mereka dari inflasi.
Harga emas akan terus naik dan tahap resistance adalah pada $1420. Semua orang sedang menunggu sekiranya harga dapat melepasi paras ini, kita akan menyaksikan paras baru pada $1431.
Survey yang di jalankan 80 % mengatakan bahawa harga emas pada minggu ini akan naik

Saturday, February 26, 2011

Bila Masa Perlu Beli Emas

Bila masa yang paling sesuai membeli emas. Ini merupakan soalan paling popular bagi pelabur-pelabur emas. Seperti biasa saya hendak syorkan agar KITA (anda dan saya) menyiapkan diri dengan ilmu pelaburan.. apa yang kita nak LABURKAN atau nak leburkan.

Harga emas sentiasa meningkat naik dan naik bagi masa yang panjang... pengalaman saya sendiri (saya mengkaji tentang pelaburan emas sejak 2008). Saya dapati pelaburan ini menarik dan menguntungan pada jangka masa panjang (tapi saya cuma membeli beberapa gm emas maya, GIA). Saya sentiasa menunggu masa yang paling sesuai untuk membeli, iaitu pada harga yang rendah. Saya masih terpengaruh dengan Sentimen Pasaran. Harga emas mahal la.. tengah naik rugi beli sekarang nanti pasti dia turun.


Malangnya harga tak lagi rendah-rendah. KINI saya baru sedar maksud pelaburan emas fizikal, kita perlu membeli dan terus membeli salagi ada wang tunai (tukar tempat menyimpan dari dalam bank ke emas fizikal). Sebenarnya kalau kita buat pelaburan komoditi, futures market, pasaran matawang dan seangkatan dengannya patutla kita kena sentiasa bimbang.

Kalau kita masih menunggu, alamatnya kita tidak akan mempunyai walau segram emas pun dan wang yang kita ada akan hilang secara perlahan-lahan tampa kita sedari (kerana beli barang yang bukan keperluan) dan mengalami susut nilai sebanyak 4% setahun betulka ini nilai inflasi Malaysia.

Sesiapa pun tak boleh kata harga emas sudah mencapai harga paling tinggi. Kita perlu membuat langkah pertama - pelaburan emas pertama.

Dividen Bank Rakyat 2010

Bank Rakyat mengumumkan bahawa dividen bagi tahun 2011 adalah 15%. Wooowww lebih tinggi dari ASB dan KWSP.

Memang beruntung sesiapa yang ada saham dengan Bank Rakyat. Bank Rakyat mengekalkan pemberian dividen tertinggi dalam kelompok koperasi..

Prestasi tahun kewangan yg berakhir pada 31 Disember 2010 meningkat sebanyak 10.8% dalam keuntungan sebelum cukai RM1.72ubilion berbanding dengan RM 1.55bilion bagi tahun sebelumnya.

Berita buruknya kita tidak dapat lagi nak menambah saham kita.. apa pun. Tahniah kepada Bank Rakyat.

Wednesday, February 23, 2011

Dividen KWSP 2010

Dividen KWSP menunjukkan kenaikan berbanding 2009...adakah ini petanda ekonomi kita semakin baik.. dan ini tentu berita baik unutk kita semua.
Berita Harian – 20 Feb 2011 KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Disember 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009. Ia adalah bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini, berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion. Katanya, ia adalah peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009. “Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya. “Bayaran dividen ini diperoleh selepas ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran,” katanya. Samsudin berkata, untuk bayaran dividen 2010, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli. Katanya, jumlah itu meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada 2009.”

Monday, February 21, 2011

Analisis Pasaran : Harga Minggu Ke-4 Februari 2011

Sudah lama tak update blog dek sibuk dengan hal-hal berkaitan kerja. Apa berita emas ya ? Mula-mula sekali kena lihat pasaran emas dan ekonomi dunia.. apa dah jadi sekarang ini ya...

Wah, Alhamdulillah harga emas sedang meletup lupanya.. dan meroket...pummmm. Ok sebab apa?

Jom buat Analisis  Pasaran sikit..


Pada hari ini, Yuan, China telah mengalami kenaikan tertinggi sejak 17 tahun. Ini berikutan kerja-kerja spekulasi untuk menaikan nilai Yuan bagi mengekang inflasi yang di alami berikutan kenaikan harga minyak dan ketidak tentuan di Timur Tengah. Tambahan pula berita ekonomi kebelakang ini telah menyebelahi USD (USD, jatuh EMAS naik. teori asas emas...betulka komen sikit otai-otai)

Semua perkara ini telah membantu harga emas untuk meroket semula. Harga emas dah naik hingga $1400 se ounce. Kalau di lihat pada indicator BB,  High volatility expected . Harga emas mungkin akan terus mendaki bagi minggu ini. Kalau tak ada arang melinntang akan cecah $1450.. (emm bila ya, tunggu).

Dah lama saya menjengok silver.. dari jauh dia menunjukan prestasi yang sangat mengujakan...apa taknya...harga siver meroket melepasi harga tertinggi sebelum ini, 31.36 bulan Dec lalu dan sekarang 33.69.


Pasti anda rasa rugi jika selama ni tunggu dan lihat saja pada silver, mentang-mentang la dia tak secantik emas. Apa pun sesiapa yang dah beli, TAHNIAH di ucapkan.

Sementara emas sedang mendaki, duit yang ada mari kita beli logam-logam ini. Ingat semua ini adalah pelaburan jangka panjang. Jangan merisaukan diri anda dengan membuat pelaburan yang anda tidak pasti jaminannya. Tambahkan ilmu..dan dalam masa yang sama terukan membeli.

Setiap kali kita terlibat dengan sesuatu pelaburan yang telah kita membuat kajian dan amati dan kita telah ceburi baru lah kita akan menjadi lebih advance kerana kini kita lebih feel dengan pelaburan itu. Ini berdasarkan pengalaman saya mengamati Pelaburan Emas ini..

Call saya kalau tak faham....019 578 6677 FREE je.

Monday, February 14, 2011

Promosi Blackberry Smart Phone



Jadi Dealer bulan ni hingga bulan Ogos 2011 berpeluang dapat Blackberry Smart Phone

Call saya 019 578 6677

Sunday, February 13, 2011

Kamus Emas

Kamus Emas pernah tak anda dengar Kamus Emas terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerana susah nak dapat di sini saya huraikan sedikit disini beberapa istilah untuk memudahkan kita faham semasa berurusniaga dengan emas.

spread
Perbezaan harga jual dan beli (We Sell dan We Buy). Semakin rendah spread semakin tinggi peluang kita nak dapat untung. (ini istilah saya sendiri.. ramai orang sure tak suka huraian ni.)

lock
Semasa pembeli dan penjual bersetuju dengan harga emas. Harga emas ada naik dan turun. Macam PG pergerakan harga berubah setiap 20 minit sekali. Kalau dok ikut harga tu sampai bila kita nak beli emas. Maka penjual dan pembeli kena ada kata sepakat pada harga berapa pembeli nak. Setelah harga di lock , urusniaga kira sah. Naik ka turun ka tak boleh ubah lagi.

ketulinan
Ketulinan maksudnya berapa % emas dalam logam tersebut. contoh Emas 24 carat atau 99.9% emas, emas 999(emas sepuluh). Emas 22 carat atau 91.6% emas, emas 916, 21 carat atau 87.5%.(kita cerita hari lain jenis emas ya)

kitco
Salah satu penjual logam terkemuka termasuk emas. Pejabat di Kanada dan ada cawangan di Amerika. Laman web mereka di jadikan rujukan untuk harga emas dan logam-logam lain.

Aspirasi Emas
Blog ilmu emas.. ka ka blog ni la. Nanti kita sambung Kamus Emas 2.

Tuesday, February 8, 2011

Bank Persatuan - Had Maksimum RM2,000

Bank Persatuan   sejak dari mula lagi blog ini belum lagi cerita tentang pelaburan lain selain daripada emas ... kali ni kita share sikit tentang Bank Persatuan salah satu pelaburan yang diminati ramai. Mengapa?

Apa lagi kerana pulangannya 10% setahun (ASB 8% je).

Mulai 1 Januari 2011, had maksimum untuk kita melabur telah diturunkan sebanyak RM2,000. Kalau sebelum ni had mak RM10,000 diturunkan kepada RM5,000 dan RM2,000 tahun ni... mengapa ya... nanti jadi macam saham Bank Rakyat (pulangan 15%-20%) dah tak boleh labur lagi dah TEPU pun..

Sesiapa yang belum melabur boleh lah ke Bak Persatuan terdekat. Atau tak pasti.. mungkin lebih baik fikirkan Pelaburan Emas .. he he (pulangan <>20% setahun).

Keputusan ditangan anda... Jangan Letakan Telur Dalam Satu Bekas betulka.. ka ha kena tambah lagi ni ilmu pelaburan...

New Dealer Aspirasi Emas

Selamat Datang dan Tahniah
kepada New Dealer Aspirasi Emas...saudara:

Badrul Hisham Bin Ibrahim
email : real7mirage@yahoo.com
HP : 019 55 880 72
Kawasan Liputan : Chemor, Sg Siput, Ipoh dan sekitarnya..


Sebarang persoalan mengenai emas @ PG sendiri boleh lah hubungi dealer kita di kawasan berhampiran..

Kami juga mengucapkan double TAHNIAH ke atas beliau yang baru je dapat new baby...

Marilah kita bersama-sama untuk menjadi dealer/agen bagi Rangkaian Aspirasi Emas

Monday, February 7, 2011

Analisis Teknikal : Minggu Ke-2 Februari

Sebaik saja dapat online ni..saya terus kaji carta harga emas...buat sikit Analisis Teknikal bagi minggu ke 2 blan Februari

kita boleh lihat harga pada MACD dah jadi crossover atau signal buy dah keluar. Candelstick juga menunjukkan cubaan untuk melepasi garisan tengah atau kata lain cubaan untuk membentuk uptrend..
Pada line Fibo juga cubaan melepasi line 38.2  pada 4hb Feb gagal...

Charta


lihat pada bulatan kuning...buy signal dan cubaan melepasi uptrend.

ya... ini merupakan penanda baik yang harga akan naik pada minggu ni..mingkin pelabur akan masuk dengan lebih rancak selepas CNY..


apa pun pada masa yang rendah ni sesipa yang belum lock harga boleh lak berbuat demikian...dengan
call/sms 019 578 6677

Cuti Panjang CNY

Cuti-cuti raya Malaysia memang seronok sebab kita boleh balik kg..dan hari ni baru boleh update blog....dan selama beberapa hari ni....saya tidak tahu apa langsung yang terjadi kepada emas kita ni.'

Harap semua rakan di rangkaian Aspirasi Emas dah fresh dan dapat fokus balik kepada kerja kita. Sekali sekala lupakan hal dunia.

Apa terjadi kepada emas kita ya..nanti saya cuba tengok ...tunggu post seterusnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...