Posting yang lepas saya ada cerita tentang membentuk Minda Jutawan. Untuk itu kita perlu ada sedikit ilmu tentang sistem kewangan yang di guna pakai oleh kita semua sekarang ini.
Mungkin kita pernah sebut..saya ada membawa wang sebanyak RM XX untuk membeli YZ. Pernah tak kita sebut saya ada bawa matawang sebanyak RMXX untuk membeli YZ. Apa sebenarnya wang dan matawang??
Wang
Wang atau money adalah benda yang kita gunakan sebagai medium pertukaran (tunai). Contohnya pada zaman dahulu mereka menggunakan kulit kerang, timah dan sebagainya sebagai medium pertukaran. Bahasa sekarang, wang kita gunakan untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan yang kita perlukan. He he kita dah tak sedar yang wang ini cuma medium pertukaran sahaja.
Cuba pegang duit RM50 dan cuba padam tulisan pada duit itu. Apa jadi? berapakah nilai wang itu?
Persoalannya layakkah wang itu bernilai RM50...apakata kita cetak pada kertas itu RM100..apakah nilainya?...suka suka je boleh letak nilai pada sekeping kertas.
Matawang
Currency. Contohnya matawang negara kita adalah Ringgit Malaysia. Matawang tidak seperti wang, ianya tidak ada nilai. Ianya akan bernilai apabila disandarkan keatas sesuatu yang bernilai seperti emas.
Apa sebabnya kita perlu tahu semua ini?
Tidak apa yang istimewa melainkan kita sedar yang kita telah moden dan menukarkan kulit kerang kepada wang yang kita boleh cetak nilainya sesuka hati.
Kerana sifat ini lah negara seperti Zimbabwe mengalami hyperinflasi. Gaji pekerja dibayar dengan cara timbang kilo..he he agak agak berapa kilo gaji kita ya.
Suara-suara sumbang dah cadangkan wang emas dijadikan matawang...tetapi macamana ya. Tahniah putut kita ucapkan kepada rakyat Kelantan dah dah cuba duit emas ni.
Ingat pada zaman dahulu orang beli kambing dengan harga 1 Dinar. Pada tahun 2011 kita masih lagi boleh membeli kambing dengan harga 1 Dinar (anti inflasi).
Ini adalah juga mengapa perlu kita simpang emas berbanding wang kertas...selamat berfikir
Rezolusi Minda Jutawan
No comments:
Post a Comment