Thursday, August 25, 2011

Analisis Teknikal : Harga Emas Minggu Ke-4 Ogos 2011

Analisis Teknikal : Harga Emas

Wah harga emas telah melakukan terjunam tiruk..berita baik untuk pelabur yang ada lebihan wang pada masa ini @ sesiapa yang masih berkira-kira unutk membuat pelaburan emas ini.

Apa sebenarnya telah berlaku, dalam masa rancaknya harga emas melambung dek kelemahan USD dan tiada langkah berkesan US untuk memulihkan ekonominya, tiba-tiba harga emas turun ke bawah seketika untuk berehat SEKEJAP. Pada carta sudah terbentuk Bearish Engulfing Pattern. Isyarat kuat yang harga akan swing ke bawah dengan ketara. Ini ditambahkan pula dengan news Durable Goods Order yang meningkat. Berita ini menunjukan telah berlaku peningkatan pembelian seterusnya akan berlaku aktiviti yang aktif dalam pembuatan.

Lihat carta di bawah:


Walaumacamana pun ini kita masih melihat kepada harga $1750 / oz. Dan samaada akan turun sedikit lagi sebelum naik semula ke atas meningalkan kita.

Apa pun ini masa yang sangat sesuai unutk menambahkan stok kita.
Call saya untuk lock harga / atau untuk pendaftaran dealer.

019 578 6677


Dividen Amanah Saham Wawasan 2020

Alamak ini berita dah lepas sebenarnya....tak pa kita konsi sikit bukan apa kita cuba bandingkan dengan dividen Pelaburan Emas.

PNB telah mengumumkan pengagihan dividen Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) sebanyak 6.5 sen seunit.Ini menyaksikan kenaikan sebanyak 0.15 sen seunit jika dibandingkan dengan dividen tahun lepas.

Pengagihan dividen ini melibatkan seramai 906,340 pemegang unit melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM909.05 juta.Pengiraan pendapatan adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASW 2020 iaitu mulai 1 September 2010 sehingga 31 Ogos 2011.

Dividen akan masuk pada 1 September 2011 ini. Tunggu.

oppp...esok kita lihat Analisis Teknikal Harga Emas.

Friday, August 19, 2011

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-3 Ogos 2011

Analisis Pasaran ringkas.  Oppp minggu ni pun dah habis sebenarnya. Sorry lambat keluarkan Analisis. Macamana keadaan Harga Emas semasa. .



Harga emas sekali lagi melonjak kepada harga tertinggi....wow...usd1868 pada masa artikel ini ditulis. Eh eh permintaan terhadap usd semakin menurun. Data jobless kat us meningkat dari 9000 kepada 408,000.

Semua orang dah tak percaya termasuklah Hugo Cavez, telah mengarahkan $11 billion emasnya yang disimpan di Bank of England di hantar balik ke Venezuela. 

Kita masih berharap pada USD ka?? tepuk dada tanya selera.



Wednesday, August 17, 2011

Emas oh Emas

Pelaburan emas semakin mendapat perhatian orang ramai sejak kebelakangan ini berikutan mendapat perhatian media massa. Banyak panggilan / sms dari orang ramai yang cuba mendapat sedikit info pasal emas. Kenaikan harga emas sudah lama kita tahu cuma kita kurang sedar. Kita cuma tahu emas sebagai barang perhiasan / barang kemas.

Cuba tengok emak kita, paling tak mesti dia memakai cincin emas. Emak kita juga pernah cerita, dulu harga emas murah sekarang mahal. Tapi mengapa emak kita tidak membuat pelaburan emas?. Betulkah emas memberi pulangan yang tinggi?


Pada carta harga emas satu tahun diatas kita boleh lihat kenaikan adalah 27%. Sila rujuk carta harga emas untuk melihat carta harga emas semasa.

Itu cerita dulu-dulu. Tapi sekarang sudah ada cara untuk kita membuat pelaburan emas, kita sudah boleh membeli emas jongkong, kita sudah boleh beli dinar dan dirham. Kita cuma tukarkan wang yang ada didalam bank (ASB, ASN, dll) kepada emas cuba lihat produk emas yang boleh di beli
Kita juga boleh berurusniaga menggunakan dinar dan dirham. Boleh kah kita guna emas sebagai matawang, selama ni kita tahu emas hanya sebagai barang kemas sahaja.

Wang yang kita guna sekarang atau lebih dikenali sebagai wang fiat. Hari ni tak mahu cerita sejarah wang. Cuba sekali lagi kita lihat duit kertas kita, ada tulis RM1, RM 10 dan RM 50. Cuba kita fikirkan apa kiranya BNM tulis RM1000. Sure wang fiat tu bernilai RM1000. Sekarang ni kita potong kepada dua bahagian berapa nilai duit kita sekarang....waa tak ada nilai la.....opppp dengan kata lain duit fiat ni cuma tertulis nilainya saja dan hanya diterima orlh orang Malaysia sahaja.

Pada tahun 80an dulu kita bawa je RM10 ke pasar tani (dah ada ka pasar tani waktu tu ?) banyak barang kita boleh beli bawa balik. Pada 2011, cuba bawa RM10....boleh kita beli sebanyak tahun 80an.????? ahak kalau kita simpan duit RM10 000 pada tahun 80an boleh kah kita membeli barang bernilai RM10 000 pada tahun 2011.??? Fikirkan.

Pada zaman dahulu orang menjual kambing dengan harga 1 dinar. Pada 2011 kita masih membeli kambing dengan harga 1 dinar (lebih kurang RM700++). KALIS INFLASI.

Jangan sesekali harta kekayaan kita yang kita cari berpeluh-peluh, kena marah, stress dan sebagainaya hilang nilai KUASA BELI kerana inflasi. Fikirkanlah setelah dah faham...next saya akan ceritakan dengan lebih mendalam jenis-jenis emas yang kita boleh beli dan cara memaksimumkan KEKAYAAN kita. Insyallah.

Call / sms saya untuk keterangan lanjut
019 578 6677

Saturday, August 13, 2011

Analisis Teknikal : Harga Emas Minggu Kedua Ogos 2011


Kali ini kita buat sedikit Analisis Teknikal.

Harga emas ditutup rendah pada hari kedua setelah meroket tinggi dalam sejarah emas..Pembetulan harga ini berlaku disebabkan pengukuhan Jualan Runcit US telah naik 0.5%. Dengan kata lain kenaikan dalam matawang US memaksa harga emas turun sedikit.

Agak sukar untuk meramalkan pergerakan harga emas sekarang. Persoalan sekarang adakah harga akan terus turun atau sekadar pembetulan harga sahaja? Jika dilihat pada graf dibawah :


Pada H4 dah terbentuk hammer pattern atau kata lain pattern yang akan menunjukkan harga akan naik setelah itu. Sebenarnya ini bukanlah jawapan yang baik untuk harga emas terus naik.

Bagi pendapat saya, harga emas masih dalam sideline. Pelabur lebih kepada tunggu dan lihat menunggu isyarat yang betut-betul kuat unutk menentukan arah harga emas.

Seperti biasa saya akan katakan "belilah emas pada bila-bila masa apabila kita ada duit bukan NAK beli emas pada masa kita tidak ada duit".

Kepada yang belum buat apa-apa tindakan boleh call saya secepat mungkin kerana harga sekarang pada 1745 / oz akan kekal hingga hari Ahad ni. Isnin munkin akan naik dan naik semula pada resistance $1817 / oz.

Call 019 578 6677

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...