Monday, January 31, 2011

Tempahan Emas Dihentikan

Pengumuman!!!
Tempahan emas dihentikan sementara waktu pada Tahun Baru Cina ni...mengapa kilang nak raya ka...YA dan kerana tidak dapat menampung permintaan yang sangat tinggi bagi produk tersebut:

1) Public Gold Bullion Bar 20g (Au 999.9)
2) Public Gold Bullion Bar 50g (Au 999.9)
3) Public Gold Bullion Bar 100g (Au 999.9)
4) Public Gold Coin 50g (Au 999.9)
5) Public Gold 1 Dinar 4.25g (Au 916)
6) Public Gold 5 Dinar 21.25g (Au 916)
7) Public Gold 10 Dinar 42.5g (Au 916)
tapi yang lain-lain tak di senarai kan boleh order seperti biasa..tak pa la ya kita rehat jap..Tempahan diatas dihentikan dari 1 Feb 2011 hingga 10 6 Feb 2011 (lupa pula nak beritau diatas).

lihatlah kesedaran orang lain terhadap emas adalah tinggi..macam mana dengan kita?..
..mari bina ......Minda Jutawan.

Wednesday, January 26, 2011

Perak Perkenal Dinar Emas, Dirham Akhir Bulan Depan

IPOH: Kerajaan Perak akan memperkenalkan mata wang dinar emas dan dirham pada akhir bulan depan bertujuan mempelbagaikan bentuk simpanan kewangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohamad Zahir Khalid berkata Perak sedang bekerjasama dengan Kuwait Finance House (KFH) untuk memperkenalkan dinar emas dan dirham kerana institusi kewangan itu berpengalaman luas dalam aspek pengendalian mata wang berkenaan.

"Apa yang pasti mata wang (dinar emas dan dirham) diperkenalkan Perak amat jauh berbeza dengan mata wang yang diperkenalkan Kelantan sebelum ini. Perbezaan itu akan dijelaskan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pihak pengurusan tertinggi KFH di sini hari ini.

Segala perincian, mekanisme serta bentuk mata wang berkenaan akan diumumkan pada pelancaran itu nanti, kata Mohamad Zahir.Dinar emas dan dirham itu akan dikeluarkan Goldnet International Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama KFH (Malaysia) Sdn Bhd.

Pengerusi KFH Shaheen al Ghanem berharap hubungan yang terjalin termasuk dalam aspek nasihat kewangan serta sokongan dalam pengeluaran bantuan modal dengan kerajaan negeri dapat diteruskan pada masa depan.

"Kami juga sebenarnya dalam proses untuk melebarkan sayap perniagaan ke seluruh Malaysia dan sedang melihat kemungkinan mewujudkan cawangan di Ipoh pada masa terdekat kerana berpuas hati dengan inisiatif pembangunan yang ditunjukkan kerajaan negeri," katanya. - BERNAMA

sumber: mStar Online

Tuesday, January 25, 2011

Analisis Pasaran : Kejatuhan Harga Emas Jan 2011

Harga emas telah mengalami kejatuhan sejak 4 minggu kebelakangan ini. Hari ini ia menunjukkan kejatuhan agak ketara. (update 25 jan 2011)

Kejatuhan ini berlaku mungkin kebimbangan pelabur akan pengumuman Indek Keyakinan Penguna (consumer confidence) pada jam 11 pm nanti...kita tunggu saja berita itu. Para pelabur MUNGKIN telah keluar dari pasaran dan akan masuk balik selepas berita tersebut.

Saya menjangkan laporan itu positive kepada USD. Ini akan memberi gambaran pertumbuhan ekonomi US semakin baik.....mungkin harga emas akan menyusut sedikit.

Berita baik kepada pelabur. Harga mungkin sekali lagi akan menurun lagi sehingga 27 Jan (jam 3.15am waktu Malaysia siapa tak boleh tidur sila tunggu dan tengok pergerakan harga), ada berita yang mungkin memberi impak yang lebih besar pada harga emas.

Kepada kawan-kawan sekalian jangan panik...sekarang dalam mode standby.....sediakan duit dulu...yang dah lock pada harga yang tinggi sebelum ni...Tak apa...emas adalah pelaburan masa panjang...set kan balik minda jutawan kita....he he. Jumpa dealer anda untuk nasihat. Perjalana masih jauh...raya cina tak habis lagi...tak pasti lagi bila harga akan start naik...mungkin selepas raya cina la kot.

Monday, January 24, 2011

Apa Itu Wang

Posting yang lepas saya ada cerita tentang membentuk Minda Jutawan. Untuk itu kita perlu ada sedikit ilmu tentang sistem kewangan yang di guna pakai oleh kita semua sekarang ini.

Mungkin kita pernah sebut..saya ada membawa wang sebanyak RM XX untuk membeli YZ. Pernah tak kita sebut saya ada bawa matawang sebanyak RMXX untuk membeli YZ. Apa sebenarnya wang dan matawang??

Wang

Wang atau money adalah benda yang kita gunakan sebagai medium pertukaran (tunai). Contohnya pada zaman dahulu mereka menggunakan kulit kerang, timah dan sebagainya sebagai medium pertukaran. Bahasa sekarang, wang kita gunakan untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan yang kita perlukan. He he kita dah tak sedar yang wang ini cuma medium pertukaran sahaja.

Cuba pegang duit RM50 dan cuba padam tulisan pada duit itu. Apa jadi? berapakah nilai wang itu?
Persoalannya layakkah wang itu bernilai RM50...apakata kita cetak pada kertas itu RM100..apakah nilainya?...suka suka je boleh letak nilai pada sekeping kertas.


Matawang
Currency. Contohnya matawang negara kita adalah Ringgit Malaysia. Matawang tidak seperti wang, ianya tidak ada nilai. Ianya akan bernilai apabila disandarkan keatas sesuatu yang bernilai seperti emas.

Apa sebabnya kita perlu tahu semua ini?
Tidak apa yang istimewa melainkan kita sedar yang kita telah moden dan menukarkan kulit kerang kepada wang yang kita boleh cetak nilainya sesuka hati.

Kerana sifat ini lah negara seperti Zimbabwe mengalami hyperinflasi. Gaji pekerja dibayar dengan cara timbang kilo..he he agak agak berapa kilo gaji kita ya.

Suara-suara sumbang dah cadangkan wang emas dijadikan matawang...tetapi macamana ya. Tahniah putut kita ucapkan kepada rakyat Kelantan dah dah cuba duit emas ni.

Ingat pada zaman dahulu orang beli kambing dengan harga 1 Dinar. Pada tahun 2011 kita masih lagi boleh membeli kambing dengan harga 1 Dinar (anti inflasi).

Ini adalah juga mengapa perlu kita simpang emas berbanding wang kertas...selamat berfikir

Rezolusi Minda Jutawan

Sunday, January 23, 2011

Kenapa Public Gold


Setiap orang dan kawan-kawan selalu tertanya-tanya sebab apa saya memilik untuk terlibat dengan Public Gold sedangkan banyak lagi kedai-kedai atau syarikat lain yang menawarkan produk emas ini.

Seperti post yang sudah...saya mengambil masa hampir 2 tahun untuk membuat kajian tentang pelaburan emas dan tanpa membuat apa-apa. Saya sempat mencuba membeli emas GIA 
lepas itu saya cuma tunggu dan lihat ( sungguh rugi peluang sudah ada dilepaskan bergitu saja..)
Sebab apa saya TIDAK YAKIN, TAKUT, BENDA BARU, BETULKA UNTUNG....

OK lah kita lihat sebab apa:

1. Spread

Public Gold (PG) mengenakan Spread (Beza harga jual & beli) utk belian semula dgn kadar terendah sekitar 5-6% shj. Berbanding emas yg dijual di kedai emas, mereka akn mengenakan Spread sekitar 15-20%...tinggi tu

2. Caj Tambahan

Caj tambahan yg sgt tinggi, cth di Tomei jika anda membeli emas PAMP Suisse mereka akan kenakan caj insurans yg tinggi mengikut berat emas.
Cth
  1. PAMP Suisse 50g caj mereka RM300,
  2. HABIB mengenakan caj RM132 workmanship cost
Sedangkan di PG mereka cuma mengenakan RM40 utk transport cost dari Penang ke kawasan luar dari Penang. Jika anda ambil di Penang free

3. Jaminan Beli Balik 

PG menjamin membeli semula emas yang calar atau kemek selagi ketulinan dan berat tidak berubah. Kedai @ bank yang lain tidak, malah mereka membeli produk emas yang dikeluarkan oleh mereka sahaja....mengapa sebab mereka terpaksa menghantar kepada syarikat lain untuk peleburan dan pembentukan semula..PG ada kilang sendiri...asalkan emas mereka lebur je dan letak cop PG...mudah kan

4. Belian 24 jam

Part ni yang best ni...harga emas adalah berdasarkan harga emas dunia...siang di sana tak sama dengan siang kita. bayangkan harga emas rendah jam 11 malam... jgn susah kita boleh lock melalui sms ke dealer..ya sms je. Kedai @ bank lain... kena tunggu waktu operasi dia la..katakan waktu tu harga emas dunia dah naik..jawabnya tak merasalah nak beli waktu harga rendah.

5. Spekulasi Pasaran

Kita boleh guna teknik ni kerana harga PG berubah setiap 20 minit (harga emas dunia berubah setiap saat). Kedai @ bank kena tunggu BNM atau Persatuan Emas Malaysia. Nak ttau lebih lanjut hubungi saya...

6. Peluang Perniagaan

PG menjadikan saya Tokey Emas dan pastinya juga anda...tak yah cerita panjanglah hubungi saya ..ada komisyen.

7. Stok

Sentiasa ada kerana PG buat sendiri..manakala kedai @ bank dapat dari syk lain...sapa dulu dia dapat..

8. ada beberapa lagi...sorry dah tak larat menaip...hubungi je saya @ email fizzie_m@yahoo.com

Nasihat penting jangan tunggu terlalu lama...cepat dapatkan ilmu emas sebelum membuat pelaburan hati-hati skim cepat kaya..anda boleh cek kat BNM pasal skim cepat kaya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...