Saturday, February 26, 2011

Bila Masa Perlu Beli Emas

Bila masa yang paling sesuai membeli emas. Ini merupakan soalan paling popular bagi pelabur-pelabur emas. Seperti biasa saya hendak syorkan agar KITA (anda dan saya) menyiapkan diri dengan ilmu pelaburan.. apa yang kita nak LABURKAN atau nak leburkan.

Harga emas sentiasa meningkat naik dan naik bagi masa yang panjang... pengalaman saya sendiri (saya mengkaji tentang pelaburan emas sejak 2008). Saya dapati pelaburan ini menarik dan menguntungan pada jangka masa panjang (tapi saya cuma membeli beberapa gm emas maya, GIA). Saya sentiasa menunggu masa yang paling sesuai untuk membeli, iaitu pada harga yang rendah. Saya masih terpengaruh dengan Sentimen Pasaran. Harga emas mahal la.. tengah naik rugi beli sekarang nanti pasti dia turun.


Malangnya harga tak lagi rendah-rendah. KINI saya baru sedar maksud pelaburan emas fizikal, kita perlu membeli dan terus membeli salagi ada wang tunai (tukar tempat menyimpan dari dalam bank ke emas fizikal). Sebenarnya kalau kita buat pelaburan komoditi, futures market, pasaran matawang dan seangkatan dengannya patutla kita kena sentiasa bimbang.

Kalau kita masih menunggu, alamatnya kita tidak akan mempunyai walau segram emas pun dan wang yang kita ada akan hilang secara perlahan-lahan tampa kita sedari (kerana beli barang yang bukan keperluan) dan mengalami susut nilai sebanyak 4% setahun betulka ini nilai inflasi Malaysia.

Sesiapa pun tak boleh kata harga emas sudah mencapai harga paling tinggi. Kita perlu membuat langkah pertama - pelaburan emas pertama.

Dividen Bank Rakyat 2010

Bank Rakyat mengumumkan bahawa dividen bagi tahun 2011 adalah 15%. Wooowww lebih tinggi dari ASB dan KWSP.

Memang beruntung sesiapa yang ada saham dengan Bank Rakyat. Bank Rakyat mengekalkan pemberian dividen tertinggi dalam kelompok koperasi..

Prestasi tahun kewangan yg berakhir pada 31 Disember 2010 meningkat sebanyak 10.8% dalam keuntungan sebelum cukai RM1.72ubilion berbanding dengan RM 1.55bilion bagi tahun sebelumnya.

Berita buruknya kita tidak dapat lagi nak menambah saham kita.. apa pun. Tahniah kepada Bank Rakyat.

Wednesday, February 23, 2011

Dividen KWSP 2010

Dividen KWSP menunjukkan kenaikan berbanding 2009...adakah ini petanda ekonomi kita semakin baik.. dan ini tentu berita baik unutk kita semua.
Berita Harian – 20 Feb 2011 KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Disember 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009. Ia adalah bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini, berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion. Katanya, ia adalah peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009. “Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya. “Bayaran dividen ini diperoleh selepas ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan caj berkanun serta bayaran dividen pengeluaran,” katanya. Samsudin berkata, untuk bayaran dividen 2010, KWSP memerlukan RM3.73 bilion bagi membayar setiap satu peratus kadar dividen berikutan peningkatan dalam bilangan ahli. Katanya, jumlah itu meningkat 8.67 peratus berbanding RM3.43 bilion yang dibayar untuk satu peratus kadar dividen pada 2009.”

Monday, February 21, 2011

Analisis Pasaran : Harga Minggu Ke-4 Februari 2011

Sudah lama tak update blog dek sibuk dengan hal-hal berkaitan kerja. Apa berita emas ya ? Mula-mula sekali kena lihat pasaran emas dan ekonomi dunia.. apa dah jadi sekarang ini ya...

Wah, Alhamdulillah harga emas sedang meletup lupanya.. dan meroket...pummmm. Ok sebab apa?

Jom buat Analisis  Pasaran sikit..


Pada hari ini, Yuan, China telah mengalami kenaikan tertinggi sejak 17 tahun. Ini berikutan kerja-kerja spekulasi untuk menaikan nilai Yuan bagi mengekang inflasi yang di alami berikutan kenaikan harga minyak dan ketidak tentuan di Timur Tengah. Tambahan pula berita ekonomi kebelakang ini telah menyebelahi USD (USD, jatuh EMAS naik. teori asas emas...betulka komen sikit otai-otai)

Semua perkara ini telah membantu harga emas untuk meroket semula. Harga emas dah naik hingga $1400 se ounce. Kalau di lihat pada indicator BB,  High volatility expected . Harga emas mungkin akan terus mendaki bagi minggu ini. Kalau tak ada arang melinntang akan cecah $1450.. (emm bila ya, tunggu).

Dah lama saya menjengok silver.. dari jauh dia menunjukan prestasi yang sangat mengujakan...apa taknya...harga siver meroket melepasi harga tertinggi sebelum ini, 31.36 bulan Dec lalu dan sekarang 33.69.


Pasti anda rasa rugi jika selama ni tunggu dan lihat saja pada silver, mentang-mentang la dia tak secantik emas. Apa pun sesiapa yang dah beli, TAHNIAH di ucapkan.

Sementara emas sedang mendaki, duit yang ada mari kita beli logam-logam ini. Ingat semua ini adalah pelaburan jangka panjang. Jangan merisaukan diri anda dengan membuat pelaburan yang anda tidak pasti jaminannya. Tambahkan ilmu..dan dalam masa yang sama terukan membeli.

Setiap kali kita terlibat dengan sesuatu pelaburan yang telah kita membuat kajian dan amati dan kita telah ceburi baru lah kita akan menjadi lebih advance kerana kini kita lebih feel dengan pelaburan itu. Ini berdasarkan pengalaman saya mengamati Pelaburan Emas ini..

Call saya kalau tak faham....019 578 6677 FREE je.

Monday, February 14, 2011

Promosi Blackberry Smart Phone



Jadi Dealer bulan ni hingga bulan Ogos 2011 berpeluang dapat Blackberry Smart Phone

Call saya 019 578 6677

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...