Wednesday, July 20, 2011

Public i-Jewellery


Public i-Jewellery, produk terbaru dari Public Jewellery. Ketulinan 22k (916) tetapi harga yang lebih rendah dari biasa dan mengikut harga pasaran antarabangsa.

Harga i-jewellery @ islamic jewellery boleh lihat di sebelah blog ni. Produk ini lebih mengutamakan ketulinan dan buatannya tidak lah serumit atau secanggih Public Jewellery yang sedia ada. Ianya sesuai untuk di simpan di Arrahnu....ke ke cantik bahasa tu.

Tapi apa yang bestnya spread nya hanya 10% .. . la la la Sesipa nak sandarkan wang dengan emas boleh call:

Aspirasi Emas
019 578 6677

Krisis Kewangan Anda 2011

Bulan Ramadan dah hampir tiba. Sudah tiba masanya kita menambah amalan kita dan ilmu. Persiapan bagi bulan Ramadan bukanlah perkara yang remeh memandangkan bulan ini muncul sebulan setahun.

Tapi kita sering jadikan masalah kewangan kita menggangu amalan kita. Apa tak nya bulan ini merupakan bulan yang menjadi lubuk wang kepada mereka. Dari zaman nenek moyang kita lagi kita telah berbelanja besar apabila tibanya bulan Ramadan.
Jesteru itu ramai diantara kita akan mengalami KRISIS KEWANGAN.

Ingatkan negara Greece saja mengalami krisis kewangan malah individu di Malaysia pun sama.???

Mari kita cuba renungkan dan pelajarai apakah tindakan kita apabila berlakunya krisis ini. Kebanayakan negara yang mengalami krisis ini akan cuba menyuntikkan dana ( satu jumlah yang besar? tapi mereka tiada wang?). Abang IMF kita akan datang dan bagi...contoh Greece.

Apa guna dana ini kepada negara yang tiada wang? Sebenarnya dana ini digunakan unutk mewujudkan projek-projek baru yang boleh mendatangkan keuntungan @ mengurangkan kerugian-kerugian salah urus bagi projek  yang sedia-ada. Proses ekonomi akan berjalan dan ramai akan mendapat kesan yang positif.....itu teory nya laa..

Apa kaitan denga individu ni? Kita sangat takut unutk meminjam kerana kita tak mampu untuk membayar. Sedangkan kita perlu mencari PELUANG dan dana ini adalah pinjaman positif bagi kita. Contohnya: Kebanyakan kita akan meminjam untuk membeli rumah. Pinjam 100K selama 30 tahun dengan bayaran bulanan RM560. Kita sewakan rumah itu kepada orang lain. Katakan kawasan itu kadar sewa adalah RM350.

Adakah cash flow kita positif? emmhhhhh. Atas tadi kata kita perlu meminjam, buat satu projek (sewa rumah) dan kita akan dapat atasi krisis kewangan kita?

Apa kata kita tambah sikit loan kita, kita jadikan rumah sewa kita sebagai homestay. Satu hari orang sewa dengan harga RM 250. Kalau setiap minggu paling kurang orang duduk 4 hari
                                  4hari  X RM250 = RM 1000.
teng-teng cash flow kita dah tunjukan positif.

Moral dari kisah ni. kita mesti sentiasa untuk menambahkan aset kita untuk memberi lebih pendapatan kepada kita. Idea apabila sudah bekerja untuk membeli kereta dan rumah adalah sesuatu yang harus difikirkan dulu. Kerana semua itu akan menjadi liabiliti kepada kewangan kita.

Kita perlukan dana untuk menambah aset kita seperti membeli emas fizikal. Membeli emas dengan cara perlu meminjam bukan lah merugikan memendangkan kenaikan harga emas adalah tinggi setiap tahun. Rekod 10 tahun yang lalu, setiap tahun kenaikan adalah lebih 20%..

Percayalah langkah ini, Insyallah akan mengubah nasib kewangan kita. Lebih baik kita buat dari tengok orang lain berjaya dulu. Negara-negara krisis pun amalkan perkara yang sama. Tentu mereka telah mendapat nasihat pakar....Kalau anda perlukan nasihat Emas dari yang belum pakar.

Jangan segan-segan hubungi saya
019 578 6677

Monday, July 18, 2011

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al Quran

Bersempena dengan bulan Syaaban ni marilah kita sama-sama mentalbiahkan hati kita denga Al Quran (persiapan Ramadan)

Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang. Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri. Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak. Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud :
"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)."
- Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud :
"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?"
- Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud :
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat."
- Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud :
"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?"
- Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan."
(Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

Petikan : ustaz Nor Amin

Friday, July 15, 2011

FGJAM 15 July 2011




Permintaan keatas emas makin meluap-luap...apatah lagi kebimbangan ekonomi US yang semakin teruk..teruk sehigga mampukah mereka membayar hutang mereka....OPPPP apa kesannya kepada kita?

Dalam berita malam ni sempat tengok komen yang Malaysia sedang menilai keadaan semasa. Apataknya RM telah disandarkan kepada USD. pehhh.

Merudumnya USD akan memberi templak yang sangat kuat kepada kita. Dengan itu FGJAM tidak ragu-ragu dan dengan pantasnya menaikkan harga emas :

999 Gold : RM183.00/gm
916 Gold : RM173.00/gm
835 Gold : RM159.00/gm
750 Gold : RM143.00/gm
375 Gold : RM78.00/gm


Harga makin mahal...tapi tetap orang beli... Kenapa? Mengapa?
JAwapannya adalah kerana hendak melindugi Nilai Kekayaan kita. Jika nilai wang kita jatuh nilai macam mana.

Seringgit boleh beli 3 biji kueh.....mungkin tak lama lagi Seringgit hanya boleh beli 1 biji kueh je...betulka?

Apa tidaknya harga gula berapa sen je dulu tapi sekarang ? Gula 1 kilo dulu sama berat dengan gula 1 kilo sekarang. Maka sedarlah kita sekarang ni. Duit yang kita simpan banyak-banayak kat bank tu akan jatuh nilainya!!! dengan masa...paling banyak dapat 8%....tolak 4% inflasi tinggal 4% je kat kita.

Jangan salahkan saya kerana tidak menasihat anda. Masih belum terlambat. Harga emas masih di awal pendakian. Jangan tunggu sampai kita tak mampu nak beli 1 gm pun. Sebarang nasihat Pelaburan EMas boleh call/sms

019 578 6677

Friday, July 8, 2011

Harga Emas RM202.57 Segram




HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.

Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.


Berita Harian 8/7/2011

Wednesday, July 6, 2011

Analisis Teknikal : Harga Emas Minggu Pertama July 2011 (Update)

Sila rujuk Analisis Pasaran  Minggu Pertama July baru-baru ini.

Semasa terbentuknya Bearish Engulfing Pattern chart sudah hampir atau menyentuh line fibo 38.2. Pada masa yang sama chandlestick telah membentuk pula Piercing Line Pattern.



Ini memberi tanda bottom reversal pattern. Dengan kata line fibo telah menjadi support. Seperti yang saya katakan tempoh hari sesiapa membeli pada masa itu tentu tersenyum lebar sekarang. Bagi tunggu dan lihat.. he he lihat je la.. tak apa jangan susah hati. Kita masih boleh menunggu adakah ia akan naik dan terus naik atau tersankut di line resistance seterusnya pada 1525.


Teori Up and Down.

Bila sedikit analisis pada Doji berkaki panjang, sudah terbentuk up down up dan nextnya down. Sedikit down akan berlaku mungkin pada hari khamis atau jumaat sebelum ia naik lagi. Hak hak harap member aku yang call tadi berpuas hati dengan analisi teknikal ni.

Dan seperti biasala bila ada duit sila tukar kepada emas dengan segera kerana kita bukannya nak jual esok.

Tuesday, July 5, 2011

Promosi Dealer Public Gold 2011

Promosi Dealer Public Gold 2011, sekali lagi PG dengan bangganya menjemput semua pembaca blog Aspirasi Emas yang belum menjadi dealer berbuat demikian. Meh jadi dealer PG dengan rangkaian Aspirasi Emas... sokongan daripada syarikat yang kukuh dan bertapak di Malaysia tanpa ragu-ragu.




sila klick gambar di atas unutk lebih jelas.

Public Gold sedang membuat promosi kepada sesiapa yang ingin menjadi Dealer dengan belian hanya RM15,000 untuk menjadi Normal Dealer dan belian sebanyak RM80,000 untuk menjadi Priority Dealer.

Pihak PG menawarkan pakej ni bagi sesiapa yang kekurangan modal tetapi nak jadi Tokey Emas. Untuk lihat produk atau barang kemas ni boleh buka laman web Public Jewellery (http://www.publicjewellery.com.my/catalogue/index.php).

Jangan lepaskan peluang ini dimasa harga emas yang rendah ni sebelum ia naik..dan terus naik. Barang kemas PG semuanya mempunyai ketulinan 916 dan beza harga jual dan beli adalah 15% berbanding kedai emas biasa 30%.

Sila hubungi saya atau dealer saya yang dekat dengan anda:
019 578 6677

Sunday, July 3, 2011

India Giat Menyimpan Perak

Walaupun dah terlewat, tapi masih lagi dalam landasan yang betul untuk mengingatkan diri sendiri dan pembaca yang lain. Apa tak nya kita selalu ikut orang je...orang dah berjaya dan baru kita nak ikut jejak. Bila kita nak berjaya dan orang lain ikut jejak kita pula?

Ini cabaran untuk KITA!

NEW DELHI 30 Mei – India, pengguna emas terbesar dunia, kini giat menyimpan perak untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga berbanding emas.
Permintaan bagi perak yang kini diniagakan pada kira-kira 58,500 rupee sekilogram (RM4,034), melonjak di seluruh India apabila jualan mencecah 600 tan metrik hingga April, sedangkan jumlah penggunaan tahun lepas hanya 2,800 tan metrik.
Di bandar-bandar utama India, emas diniagakan pada kira-kira 22,820 rupee (RM1,574) bagi setiap 10 gram.
“Harga emas terlalu tinggi, jadi orang lebih banyak membeli perak kerana ia lebih murah dan kadar peningkatannya lebih tinggi. Mereka beralih kepada perak bagi tujuan pelaburan.<>
“Jika monsun baik, permintaan bagi perak tahun ini dengan mudah boleh mencecah 3,500 hingga 4,000 tan metrik,” kata Presiden Persatuan Jongkong Bombay, Prithviraj Saremal Kothari kepada Bernama.
India mengimport hampir 800 tan metrik emas setahun dan 3,000 tan metrik perak bagi menampung penggunaan tempatan. Tetapi, emas, yang dianggap sebagai barangan yang membawa tuah di kalangan isi rumah India, masih menikmati permintaan tinggi.
Selepas musim panas yang sangat terik, petani-petani India menunggu musim monsun tiba, yang boleh menghasilkan tuaian yang lebih baik sekali gus menghasilkan lebih banyak wang bagi mereka.
Yang menariknya, sebahagian besar penduduk pedalaman India merupakan pembeli perak terbesar.
“Sebanyak 75 peratus penduduk pedalaman India membeli perak, jadi, permintaan bagi masa akan datang bergantung kepada monsun,” kata Kothari.
Seperti pada masa-masa lalu, permintaan dijangka muncul dari kawasan pedalaman India, yang merupakan tempat tinggal 65 peratus daripada penduduk India dan kebanyakan mereka melabur dalam barang kemas.
“Pendapatan di kawasan pedalaman India telah meningkat disebabkan hasil daripada musim monsun yang baik, pengeluaran lebih tinggi dan disebabkan oleh skim-skim guna tenaga kerajaan. Monsun kali ini dijangka lebih baik,” kata Anjani Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif National Spot Exchange Ltd. yang berpangkalan di Mumbai.
Golongan pertengahan India yang semakin ramai memasuki pasaran perak dan pelancaran e-perak yang memperkenal penjualan dan pembelian dalam talian, terus mencetuskan permintaan bagi logam itu. – Utusan Online / BERNAMA.

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Pertama July 2011

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Pertama July 2011

Alhamdullilah harga emas menunjukkan pertanda-pertanda yang baik kepada orang baru menceburi Pelaburan Emas atau untuk menjadi New Dealer dan otai yang nak tambah stok emas.

Harga Emas telah mengalami kejatuhan sejak 6 hari yang lalu, dan menjadi harga terendah sejak 15 May 2011. wowwww...ini semua gara-gara suntikan 85 billion euro keatas kemelesatan ekonomi yang di tanggung oleh negara Greece.. dengan kata lain nak solve ekonomi Greece la.. emas juga mengalami fasa kelembapan permintaan secara tradisionalnya (ini peluang kepada mereka yang saya nyatakan diatas). Kalau harga dok naik je bila orang macam kita nak belikan.

Meh kita tengok graf :



graf menunjukakn bahawa harga telah turun hingga mencapai harga terendah bulan Mei iaitu usd 1461 / ounce, sekarang usd1477/ounce. Pada graf dah terbit Bearish Engulfing Pattern  dan harga masih di downtrend mode.


Ini peluang kita unutk menmbah stok emas kita dengan menggunakan teknik Dollar Cost Averaging. Jangan lupa hubungi saya untuk mendapatkan nasihat Pelaburan Emas Anda

019 - 578 6677
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...