Monday, November 5, 2012

Harga Emas Semasa Minggu ke-2 November 2012

Harga Emas Semasa
Seperti biasa kita ambil dahulu analisis yang dibuat oleh KITCO....33 orang terlibat dalam survey. 23 orang telah respon dalam survey ni. 11 peserta kata harga turun, 9 kata naik, 3 kata tak berubah.


Ini analisis baru saya buat setelah melihat keadaan ekonomi dunia dan ekonomi US...seperti yang kita tahu besok 6 November 2012, US ada mengadakan piliharaya presiden...samada Obama dapat mengekalkan kedudukan atau sebaliknya..

Pada post yang lepas Analisis Pasaran Minggu ke 4 , saya ada menjangkakan harga akan terus turun sehingga 1674 (pada masa post  ni di tulis 1678).

Pada minggu ni saya tidak menolak kemungkinan ianya akan terus turun ke 1650...memandangkan kebiasaanya semasa pemilihan presiden harga emas akan terus turun berikutan pelabur menunggu keputusan pilihanraya gamaknya...harga akan naik semula pada hari khamis kalau mampu la.

Seperti biasa ini semua hanya kemungkinan sahaja bedasarkan price history...

Kepada semua kawan-kawan baru dan lama...harga emas sudah berapa pada paras tahap BORONG...

JADI:
   1. Mulakan pembelian...
   2. Pembelian dengan ilmu dan strategi
   3. Klu nak jual tunggu minggu depan..


Sekian .

Wednesday, October 24, 2012

Beli Emas di Kedai Emas


Kedai emas oh kedai emas. Pada zaman dahulu, lazimnya kita boleh membeli emas atau barang kemas dari kedai emas. Tapi kini kita boleh juga membeli secara online dan peniaga-peniaga emas runcit yang banyak di pasaran dengan pelbagai jenama produk emas.

Hari ini saya ingin cetuskan pengalaman membeli emas dari kedai emas....

Pada zaman dahulu, semasa saya masih kecil lagi. Emak pernah membawa saya pergi ke kedai emas untuk membeli barang kemas.

Emak saya akan memilih jenis barang kemas yang diminati / sesuai dan bertanyakan harganya. Taukey akan mengira harga dengan menggunakan kalkulator (sudah ada pada masa tu) dan memberitahu harga barang kemas itu. Kalau tidak sesuai dengan budget, emak akan memilih yang lain dan taukey kira lagi...emak akan membuat tawaran harga dengan taukey....taukey beri harga special...emask setuju dan bayar.......yang pasti emak tidak akan balik dengan tangan kosong.

Pada masa tu tidak banyak kedai menjual barang kemas dan biasanya semua orang / satu kampung akan membeli di kedai yang sama. Kebanyakan orang kampung akan membeli emas dengan kaedah yang sama.

Tahun-tahun kemudian, emak sudah advance - ada sedikit ilmu membeli emas..Cara beli, lebih kurang sama saja, cuma kali ini dia akan tanya berapa harga emas segram....pilih barang dan tanya upah...taukey kira dan beritau harga...tawar menawar dan ok...beli...


Perkara yang selalu kita tidak ambil berat:
1. Taukey tidak pernah mengajar kita macamana mereka mengira harga emas...
2. Kita jarang tanya jenis emas 999, 916 atau sebagainya.
3. Kita jarang bertanya susut nilai barang,,,,20%, 30% atau sebagainya.
4. kita kurang mengambil nilai berat selepas titik perpuluhan contohnya 0.8g...sikit je cuba lihat nilainya (0.8x190=rm152...he he banyak juga).
5. Kita tidak pernah membeli emas seperti membeli baju....survey dulu dari beberapa buah kedai cantik baru ambil.


Daripada cerita diatas saya dapati kebanyakan orang akan beli seperti cerita saya diatas...amat jarang sekali orang tegok dan cuba kira sendiri harga emas KENAPA

Mulai hari ni kita PATUT belajar mengira sendiri harga emas di kedai emas...

Harga barang emas = (harge emas segram X berat barang) + harga upah

Ok nanti kita sambung lagi...

Tuesday, October 23, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-4 Oktober 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-4 Oktober 2012


Analisis pada minggu ini boleh kita rujuk sedikit analisis minggu lepas. Pada minggu lepas saya menjankakan ianya akan turun ke 1714....tapi ia ambil yang agak lama hingga posting ini ditulis ianya telah mencecah 1713...

Mingguan
Minggu ini harga mungkin akan bergerak secara mendatar atau ranging..ada naik dan turun. Tidak ada data-data kuat yang boleh menlonjak dan menurunkan harga emas pada kadar yang besar

Jangka Panjang
Agak keterlaluan jika saya mengatakan ianya MUNGKIN akan turun lagi hingga 1674 (mungkin 2-3 minggu lagi)...h he....jauh sangat pula ya...Tapi ini mungkin tidak mustahil memandangkan keadaan sekarang lebih banyak memihak kepada USD.

Secara teknikal harga bergerak menuju ke garisan fibo 50 dan mungkin akan terus ke fibo 60 (1644).

Walaumacamna pun sesiapa yang ada modal...boleh membuat belian sedikit kerana harga telah turun agak banyak.




Monday, October 15, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke 3 Oktober 2012

Analisis Pasaran Minggu Ke 3 Oktober 2012

Assalamualaikum, apa kabar kepada semua peminat-peminat emas.
Mari kita tengok dulu survey yang dijalankan di Kitco untuk minggu ni....dari survey

"Survey participants are fairly split on the outlook for gold’s price direction next week, with no side having a clear majority.
In the Kitco News Gold Survey, out of 33 participants, 21 responded this week. Of those 21 participants, 10 see prices up, while nine see prices down, and two are neutral or see prices moving sideways. Market participants include bullion dealers, investment banks, futures traders, money managers and technical-chart analysts."

...dalam bahasa yang aku faham...semua yang terlibat dalam survey ni terbahagi kepada dua puak...ada kata akan naik dan ada yang kata turun....bilanganya sama banyak..ini memberi petanda awal yang harga emas belum ada momentum yang cukup kuat sebelum melonjak nak ke atas.....

Dalam keadaan Euro yang tidak menentu dan pemilihan Presiden Amerika, tentu pasaran agak muram atau dalam istilah lain Sideway movement...

Sebenarnya Kitco lupa nak call tanya unutk terlibat dalan survey. Kalau dia tanya aku, ini jawapannya:

Harga emas akan menurun sedikit mungkin sehingga 1714 oz memandangkan aktiviti menjual untuk mengambil keuntungan masih berjalan..... pada tahap iini harga emas akan mula membuat lonjakan keatas dan cuba sekali lagi untuk menenbus 1800...


Bagi pelabur jangka panjang, sila beri perhatian ini mungkin masa yang sesuai untuk menembah koleksi memandangkan harga emas dijangka akan membuat lonjakan sekurang-kurangnya 3tahun mulai tahun ini....kenaikan yang pernah mengembirakan mereka dan keluarga mereka pada 4 tahun yang lepas.

Oleh itu jangan takut dan teragak-agak dalam memiliki emas secara fizikal...Pastikan ada memegang emas ditangan anda..pastikan juga anda membeli emas pada harga pasaran dunia bukan harga kedai emas supaya keuntungan hasil jualan lebih cepat..

Sila hubungi saya 
019 578 6677
Aspirasi Emas
Lindungi Kekayaan Anda Dengan Emas


Thursday, October 11, 2012

Public Gold


Public Gold merupakan salah satu syarikat yang menjual dan membeli emas fizikal di Malaysia. Memandangkan Pelaburan Emas semakin hangat di perkatakan hampir setiap hari dalam media massa, maka marilah kita cuba berkenalan sedikit dengan syarikat Public Gold yang mempunyai HQ di pulau mutiara, Pulau Pinang.

Orang ramai semakin ramai cuba untuk mengetahui dan mendalami mengenai pelaburan emas fizikal.

Public Gold adalah jenama rasmi bagi Public Gold International Bhd (PGIB). Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk membeli dan menjual emas keluarannya dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas pada harga pasaran Antarabangsa...ianya tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas (FGJAM).

Public Gold mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan jongkong emas dan perak bertaraf antarabangsa. Setiap emas keluarannya mempunyai sijil ketulinan yang disahkan oleh "Cetified Assayer". Assayer ini berperanan untuk menguji dan memastikan setiap emas dan perak keluarannya menepati piawai yang telah ditetapkan.

Emas keluaran Public Gold boleh didapati dengan cara membeli daripada mana-mana cawangan negeri atau dealer2 sah yang dilantik oleh Public Gold sendiri. Adalah lebih baik anda membeli dan menjual emas dan perak melalui dealer2 yang ramai serata Malaysia. Ini adalah untuk mendapat nasihat dan panduan dari mereka yang berpengalaman.

Selain daripada aktiviti menjual dan membeli emas dan perak. Syarikat juga menyediakan kemudahan peti simpanan selamat yang selesa dan pastinya tidak mengangu fikiran kita dengan simpanan emas yang banyak he he....Peti Simpanan Selamat ini dikendalikan oleh rangkaian perniagaannya melalui Public Safe

ini merupakan keadaan sebenar dalam Public Safe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...