Thursday, October 11, 2012

Public Gold


Public Gold merupakan salah satu syarikat yang menjual dan membeli emas fizikal di Malaysia. Memandangkan Pelaburan Emas semakin hangat di perkatakan hampir setiap hari dalam media massa, maka marilah kita cuba berkenalan sedikit dengan syarikat Public Gold yang mempunyai HQ di pulau mutiara, Pulau Pinang.

Orang ramai semakin ramai cuba untuk mengetahui dan mendalami mengenai pelaburan emas fizikal.

Public Gold adalah jenama rasmi bagi Public Gold International Bhd (PGIB). Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk membeli dan menjual emas keluarannya dalam bentuk bar, syiling dan barang kemas pada harga pasaran Antarabangsa...ianya tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas (FGJAM).

Public Gold mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan jongkong emas dan perak bertaraf antarabangsa. Setiap emas keluarannya mempunyai sijil ketulinan yang disahkan oleh "Cetified Assayer". Assayer ini berperanan untuk menguji dan memastikan setiap emas dan perak keluarannya menepati piawai yang telah ditetapkan.

Emas keluaran Public Gold boleh didapati dengan cara membeli daripada mana-mana cawangan negeri atau dealer2 sah yang dilantik oleh Public Gold sendiri. Adalah lebih baik anda membeli dan menjual emas dan perak melalui dealer2 yang ramai serata Malaysia. Ini adalah untuk mendapat nasihat dan panduan dari mereka yang berpengalaman.

Selain daripada aktiviti menjual dan membeli emas dan perak. Syarikat juga menyediakan kemudahan peti simpanan selamat yang selesa dan pastinya tidak mengangu fikiran kita dengan simpanan emas yang banyak he he....Peti Simpanan Selamat ini dikendalikan oleh rangkaian perniagaannya melalui Public Safe

ini merupakan keadaan sebenar dalam Public Safe.


Tuesday, October 2, 2012

50,000 Pelabur Emas Terjerat

50,000 pelabur terjerat

2012/10/02





Kuala Lumpur: Lebih 50,000 pelabur sebuah syarikat pelaburan dan perdagangan emas terjerat apabila tiga pejabat Genneva Malaysia Sdn Bhd di Jalan Kuchai Lama di sini, diserbu pihak berkuasa, petang semalam.

Syarikat itu difahamkan sudah terbabit dalam perdagangan emas membabitkan lebih RM5 bilion sejak 2007.

Bank Negara serbu

Serbuan dibuat Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jam 2 petang.

Serbuan serentak turut dilakukan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura ke atas Genneva Pte Ltd di republik itu.

Dalam serbuan di sini, pihak berkuasa merampas beratus-ratus kotak berisi dokumen urus niaga membabitkan transaksi jual beli emas, komputer, kepingan emas dan sejumlah wang tunai.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram Mengikut laporan sebelum ini, orang kenamaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ahli perniagaan adalah antara pelabur syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan semua agensi terbabit dalam operasi itu semalam, syarikat berkenaan diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh semua agensi berkenaan.

Sementara itu, sumber berkata, siasatan sedang dibuat sama ada syarikat pelaburan emas yang menggunakan nama sama di Singapura ada kaitan dengan operasi Genneva di Malaysia.

Katanya, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dan aduan diterima daripada orang ramai berhubung aktiviti syarikat itu.

Sumber itu memberitahu BH, syarikat berkenaan mula beroperasi sejak 2007 dan ketika itu didaftarkan sebagai Genneva Sdn Bhd serta pernah didakwa pada 2009.

"Selepas didakwa, syarikat itu didapati menukar namanya pada tahun lalu untuk meneruskan kegiatan mereka.

"Bank Negara dan semua agensi yang terbabit dalam serbuan ini (semalam) sedang menjalankan siasatan mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing," katanya.

Sementara itu, sehingga jam 10 malam tadi, beratus-ratus pelanggan Genneva Malaysia berkumpul di hadapan pejabat syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran polis berjaya mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Thursday, August 2, 2012

Syarikat Pelaburan Tidak Sah

Assalamualaikum ! Salam Ramadan

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini saya inging mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada beberapa pembaca setia. Dah lama tak update blog ni...Insyallah kita cuba sebaik mungkin.


Hari ini Utusan Malaysia telah mengeluarkan list syarikat pelaburan yang  tidak sah.....wah banyak pulak tu....co kita tengok ada yang kita kenali @ ada yang kita dah ceburi....

Berita ini menjadi agak panas kepada pelabur emas fizikal kerana terdapat beberapa syarikat yang melibatkan Pelaburan Emas..ini yang agak memeningkan kepala den niiii...sebab terpaksa melayan pertanyaan kawan-kawan ...

Kepada kawan-kawan yang terlibat dalam syarikat yang tersenarai jangan lah mengelabah...segera hubungi orang yang memperkenalkan benda tu kepada kita....Ikhtiarkan untuk segera mengeluarkan pelaburan @ mengurangkan pelaburan untuk kurang risiko apa pening2 keluarkan je semua.

Mana-mana yang tidak tersenarai boleh lah tarik nafas lega dan tersenyum....TAPI jangan leka kerana anda mesti selalu merujuk kepada BNM (Bank Negara Malaysia) @ Aspirasi Emas...h aha

OK itu je setakat ni apa pun saya ingin menasihatkan anda untuk sentiasa berhati-hati dalam setiap pelaburan yang kita buat....bagi Pelaburan Emas anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan apa-apa info terkini....

Friday, June 8, 2012

Harga Emas 7 Jun 2012

Harga emas sekali lagi turu sedikit semalam, 7hb stelah pakcik Bernanke, Federal Reserve Chef kata ekonomi US menghadapi significan risk..... apa ni saya sendiri pun kurang arif...kita minta pakar ekonomi cerita sikit.. dan kata dia bank pust sudah bersedia menjalankan stimulus perangsang ekonomi yang baru..ka ka kena tipu lagi kita dan dia berjaya...ramai pelabur yang percaya.


Mereka percaya mungkin setelah melihat data pengangguran kat us menurun sikit dari 389,000  kepada 383,000. Dengan berita ini juga harga emas menurun kepada 1590 / oz.

Harga emas masih menunjukan tahap tidak stabil...@ masih ada peluang lagi untuk membeli emas....lepas ini saya ak n tunjuk sikit tip menghadapi harga yang tidak stabil ini...tunggu...

Sekian dulu berita emas bersama Aspirasi Emas

Thursday, June 7, 2012

Assalamaualaikum!

Apa khabar kepada semua sahabat pelabur emas sekalian? Apa khabar juga kepada yang masih lagi berkira-kira unutk melibatkan diri dalam pelaburan ini.

Sudah lama saya tidak post berkaitan Analisis Teknikal harga emas ....
Seperti yang semua orang tahu, harga emas sekarang ini mengalami penurunan yang banyak sejak dari bulan Septermber 2011 hingga sekarang.

Dan pada masa sekarang ini harga emas masih boleh dikatakan pada kedudukan masih rendah..berdasarkan graf di bawah:


Graf menunjukkan pattern menaik (tapi masih belum lengkap lagi pattern ini). Dan dijangka kan akan berlaku kenaikan pada harga emas berikutan banyak data-data dari US yang menunjukkan kelebihan kepada komoditi logam berharga ini...

Walaumacamana sekali pun ini merupakan sedikit analisis teknikal, TA berdasarkan graf....pada pendapat peribadi saya, masih terlalu awal unutk mengatakan harga emas sudah dalam trend menaik...banyak perkara asas fundemental yang perlu kita beri perhatian seperti pilihanraya Greece yang dijangka adkan diadakan pada 17 June ini....ini pasti akan memberikan impak yang besar kepada harga emas...

Masih banyak perkara yang masih tidak pasti atau kata lain harga emas masih belum ada hala tuju yang jelas....ceeee macam pakar ekonomi bercakap pula!!!

TAPI jangan cemas dan susah hati kerana kepada sesiapa yang masih ada duit fiat @ masih belum terlibat dalam pelaburan emas @ belum memiliki emas pelaburan...silalah berbuat demikian dengan menalifon / sms saya semasa harga emas yang rendah dan WAJIB milik ini......

Jangan lupa.....hubungi saya dengan segera.....
019 578 6677


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...