Friday, July 8, 2011

Harga Emas RM202.57 Segram




HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.

Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.


Berita Harian 8/7/2011

Wednesday, July 6, 2011

Analisis Teknikal : Harga Emas Minggu Pertama July 2011 (Update)

Sila rujuk Analisis Pasaran  Minggu Pertama July baru-baru ini.

Semasa terbentuknya Bearish Engulfing Pattern chart sudah hampir atau menyentuh line fibo 38.2. Pada masa yang sama chandlestick telah membentuk pula Piercing Line Pattern.



Ini memberi tanda bottom reversal pattern. Dengan kata line fibo telah menjadi support. Seperti yang saya katakan tempoh hari sesiapa membeli pada masa itu tentu tersenyum lebar sekarang. Bagi tunggu dan lihat.. he he lihat je la.. tak apa jangan susah hati. Kita masih boleh menunggu adakah ia akan naik dan terus naik atau tersankut di line resistance seterusnya pada 1525.


Teori Up and Down.

Bila sedikit analisis pada Doji berkaki panjang, sudah terbentuk up down up dan nextnya down. Sedikit down akan berlaku mungkin pada hari khamis atau jumaat sebelum ia naik lagi. Hak hak harap member aku yang call tadi berpuas hati dengan analisi teknikal ni.

Dan seperti biasala bila ada duit sila tukar kepada emas dengan segera kerana kita bukannya nak jual esok.

Tuesday, July 5, 2011

Promosi Dealer Public Gold 2011

Promosi Dealer Public Gold 2011, sekali lagi PG dengan bangganya menjemput semua pembaca blog Aspirasi Emas yang belum menjadi dealer berbuat demikian. Meh jadi dealer PG dengan rangkaian Aspirasi Emas... sokongan daripada syarikat yang kukuh dan bertapak di Malaysia tanpa ragu-ragu.




sila klick gambar di atas unutk lebih jelas.

Public Gold sedang membuat promosi kepada sesiapa yang ingin menjadi Dealer dengan belian hanya RM15,000 untuk menjadi Normal Dealer dan belian sebanyak RM80,000 untuk menjadi Priority Dealer.

Pihak PG menawarkan pakej ni bagi sesiapa yang kekurangan modal tetapi nak jadi Tokey Emas. Untuk lihat produk atau barang kemas ni boleh buka laman web Public Jewellery (http://www.publicjewellery.com.my/catalogue/index.php).

Jangan lepaskan peluang ini dimasa harga emas yang rendah ni sebelum ia naik..dan terus naik. Barang kemas PG semuanya mempunyai ketulinan 916 dan beza harga jual dan beli adalah 15% berbanding kedai emas biasa 30%.

Sila hubungi saya atau dealer saya yang dekat dengan anda:
019 578 6677

Sunday, July 3, 2011

India Giat Menyimpan Perak

Walaupun dah terlewat, tapi masih lagi dalam landasan yang betul untuk mengingatkan diri sendiri dan pembaca yang lain. Apa tak nya kita selalu ikut orang je...orang dah berjaya dan baru kita nak ikut jejak. Bila kita nak berjaya dan orang lain ikut jejak kita pula?

Ini cabaran untuk KITA!

NEW DELHI 30 Mei – India, pengguna emas terbesar dunia, kini giat menyimpan perak untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi daripada kenaikan harga berbanding emas.
Permintaan bagi perak yang kini diniagakan pada kira-kira 58,500 rupee sekilogram (RM4,034), melonjak di seluruh India apabila jualan mencecah 600 tan metrik hingga April, sedangkan jumlah penggunaan tahun lepas hanya 2,800 tan metrik.
Di bandar-bandar utama India, emas diniagakan pada kira-kira 22,820 rupee (RM1,574) bagi setiap 10 gram.
“Harga emas terlalu tinggi, jadi orang lebih banyak membeli perak kerana ia lebih murah dan kadar peningkatannya lebih tinggi. Mereka beralih kepada perak bagi tujuan pelaburan.<>
“Jika monsun baik, permintaan bagi perak tahun ini dengan mudah boleh mencecah 3,500 hingga 4,000 tan metrik,” kata Presiden Persatuan Jongkong Bombay, Prithviraj Saremal Kothari kepada Bernama.
India mengimport hampir 800 tan metrik emas setahun dan 3,000 tan metrik perak bagi menampung penggunaan tempatan. Tetapi, emas, yang dianggap sebagai barangan yang membawa tuah di kalangan isi rumah India, masih menikmati permintaan tinggi.
Selepas musim panas yang sangat terik, petani-petani India menunggu musim monsun tiba, yang boleh menghasilkan tuaian yang lebih baik sekali gus menghasilkan lebih banyak wang bagi mereka.
Yang menariknya, sebahagian besar penduduk pedalaman India merupakan pembeli perak terbesar.
“Sebanyak 75 peratus penduduk pedalaman India membeli perak, jadi, permintaan bagi masa akan datang bergantung kepada monsun,” kata Kothari.
Seperti pada masa-masa lalu, permintaan dijangka muncul dari kawasan pedalaman India, yang merupakan tempat tinggal 65 peratus daripada penduduk India dan kebanyakan mereka melabur dalam barang kemas.
“Pendapatan di kawasan pedalaman India telah meningkat disebabkan hasil daripada musim monsun yang baik, pengeluaran lebih tinggi dan disebabkan oleh skim-skim guna tenaga kerajaan. Monsun kali ini dijangka lebih baik,” kata Anjani Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif National Spot Exchange Ltd. yang berpangkalan di Mumbai.
Golongan pertengahan India yang semakin ramai memasuki pasaran perak dan pelancaran e-perak yang memperkenal penjualan dan pembelian dalam talian, terus mencetuskan permintaan bagi logam itu. – Utusan Online / BERNAMA.

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Pertama July 2011

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Pertama July 2011

Alhamdullilah harga emas menunjukkan pertanda-pertanda yang baik kepada orang baru menceburi Pelaburan Emas atau untuk menjadi New Dealer dan otai yang nak tambah stok emas.

Harga Emas telah mengalami kejatuhan sejak 6 hari yang lalu, dan menjadi harga terendah sejak 15 May 2011. wowwww...ini semua gara-gara suntikan 85 billion euro keatas kemelesatan ekonomi yang di tanggung oleh negara Greece.. dengan kata lain nak solve ekonomi Greece la.. emas juga mengalami fasa kelembapan permintaan secara tradisionalnya (ini peluang kepada mereka yang saya nyatakan diatas). Kalau harga dok naik je bila orang macam kita nak belikan.

Meh kita tengok graf :



graf menunjukakn bahawa harga telah turun hingga mencapai harga terendah bulan Mei iaitu usd 1461 / ounce, sekarang usd1477/ounce. Pada graf dah terbit Bearish Engulfing Pattern  dan harga masih di downtrend mode.


Ini peluang kita unutk menmbah stok emas kita dengan menggunakan teknik Dollar Cost Averaging. Jangan lupa hubungi saya untuk mendapatkan nasihat Pelaburan Emas Anda

019 - 578 6677
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...