Thursday, March 24, 2011

Tahap Kewangan Diri



Saya tidak melepaskan peluang apabila, otai POKLI datang ke Perak untuk kongsi ilmu. Sharing is caring. Itu yang POKLI selalu cakap... apa itu Tahap Kewangan Diri

Apa yang menarik dan tertangkap dalam kotak fikiran malam itu adalah tahap kewanga individu.. setiap pelabur mesti tahu tahap kewangan masing-masing. Jangan jadi pelabur IKUT orang. Orang beli kita beli orang ke Ar Rahnu kitu pun ikut.

Tahap Kewangan Individu

1. Tahap Kewangan Tidak Selamat
Tahap ini umpama kais pagi makan pagi... itu keadaa paling teruk la. Saya masih lagi berjumpa orang macam ini.. kehidupan agak susah. Apa yang penting ISI PERUT dulu. Tidak ada langsung istilah duit simpanan.

Keadaan yang ok sikit - kita mempunyai simpanan untuk hidup selama 3 bulan sahaja. Dengan kata lain sekiranya esok kena buang kerja... kita boleh sara keluarga dalam masa 3 bulan saja. lepas itu... emmm

Sekiranya kita ditahap ini:
  • perlu cari sumber duit masukk, sebanyak mungkin tak kira la walau pun RM1. Ulang-ulang kan proses ini.
  • faham apa yang kita buat..tak faham tanya mentor....cuba cari kelebihan kita, itulah kekuatan kita gunakan gunakan.
  • keluar dari kebiasaan - buat secara luar biasa dan TERANCANG dan BERMATLMAT. ( cakap memang senang... tapi apa boleh buat itulah caranya).
  • Uruselia cash flow anda. Ini ramai yang GAGAL dan tak sedar... kalau masih tak sedar teruskan do tahap ini.
  • Ubah minda dan cara berfikir. Minta maaf lah saya sering berjumpa orang yang di tahap ini mempunyai minda yang negatif... apa boleh buat.. desakan hidup.
  • Berdoa berdoa berdoa... ini sering kita letak pada akhir sekali. Kita sering lupa yang kita mendapat rezeki dari Ilahi.


2. Tahap Kewangan Selamat
Pada tahap ini kita mempunyai simpanan yang boleh bertahan sekurang-kurangnya 6 bulan. Segala perbelanjaan boleh ditanggung dengan duit simpanan yang sedia ada. pehhh .. sekiranya perbelanjaan keluarga kita adalah RM 3K sebulan

                         RM 3000 X 6 = RM 18 000 ( dalam simpanan kita mesti ada ..) ok kira sendiri

Sekiranya kita ditahap ini:
  • Pada tahap ini kita mesti sentiasa membuat simpanan dari hasil pendapatan kita sekurang-kurangnya 10%. Sikitnya 10% tu. Walaupun sikit kita jarang patuhi...hi hi rasa kena kat diri sendiri. Kalau rasa terbeban mulakan dengan 2%. Cth gaji RM 3K X 2 % = RM 60... ala simpan je seratus kat bank.
  • Cari sumber kewangan altenatif. Segera hubungi saya 019 -578 6677 untuk berniaga emas dan simpan emas untuk diri sendiri. Emas kalis inflasi. Mulakan sekurangkurangnya 1 Dinar.
  • Uruselia cash flow anda. Seperti tahap di atas kita kena ________. Apa ni cash flow... kena tanya POKLI... next post kita cerita sedikit.
  • Bersedia ubah minda kepada minda jutawan. kena p krusus dengan POKLI dan Pelabur Jutawan untuk mencapai Financial Freedom.

3. Tahap Kewangan Bebas ( Financial Freedom)

Pada tahap ini pendapatan sentiasa mengatasi perbelanjaan. Tiada hutang..

Setiap orang memang bercita-cita untuk mencapai tahap iini. Tetapi tidak ramai orang di tahap ini. Kita tidak perlu bekerja lagi bila sampai di tahap ini. TAPI orang yang di tahap ini sering masih bekerja dengan kuat, bukan untuk mencari duit tetapi dah jadi HOBI dan kepuasan.... sure anda tak boleh feel benda ni kerana anda belum di tahap ini,.... kalau sudah TAHNIAH..

Anda sudah ada banyak mesin duit..... dan ..... sentiasa hiran mengapa masih ada orang susah.

Sekiranya kita ditahap ini:
  • Banyakan bersyukur kerana kita adalah manusia yang di pilih tuhan untuk berada di tahap sini.
  • saya sendiri pun tak tahu apa nak buat pada tahap ini kerana belum sampai lagi .. so tutup buku..
4. Tahap Sangat Kaya

Nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini. Usah kita cerita lagi.


Marilah melihat semula tahap kita.. cari mentor untuk bantu..mari kita berkongsi dengan orang lain...
Hubungi saja 019 -578 6677.

Emas sedang mula nak buat lonjakan... kita mesti pantas bertindak...

orang yang berjaya adalah orang yang bertindak pantas setelah menghidu peluang ... Aspirasi Emas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...