Emas mempunyai sejarah yang panjang dan kompleks. Sejak penemuan pertama emas, ia menjadi satu simbol kemewahan dan jaminan kuasa. Emas penyebab obsesi di kalangan lelaki dan Negara, memusnahkan segelintir peradaban dan memberi kuasa pada yang lain.
Penggalian arkeologi mencadangkan pengunaan emas bermula di timur tengah di mana tamadun peradaban bermula. Barang kemas mesir tertua ditemui di dalam makam Permaisuri Pu-Abi dari Ur di Sumeria dan contoh tertua barang kemas ditemui pada millenium ke-3 sebelum masihi.
Sepanjang abad, kebanyakan makam mesir diserbu tetapi makam Tutankhamen ditemui tidak terusik oleh ahli arkeologi moden. Di dalamnya, koleksi emas dan barang kemas terbesar dan termasuk keranda emas yang menunjukkan kualiti dan kemajuan pertukangan dan kerja emas negeri mesir pada ketika itu (millennium ke-2).
Empayar Parsi, sekarang Iran, kerap menggunakan hasil seni kerja emas sebagai sebahagian daripada agama Zoroastrianism. Hasil seni kerja emas parsi adalah terkenal dengan seni haiwan di mana telah diubah selepas arab menakluk kawasan tersebut pada kurun ke-7 selepas masihi.
Ketika Rom mula membangun, Bandar tersebut menarik tukang seni emas yang berbakat di mana telah mencipta pelbagai variasi barang kemas. Selepas itu, Pengunaan emas di rom berkembang ke perkakas rumah golongan bangsawan dan atasan. Pada kurun ke-3 selepas masihi, warganegara Rom memakai rantai yang mempunyai syiling berlambangkan maharaja.
Ketika penyebaran Kristian di seluruh eropah, penduduk eropah menamatkan pengebumian si mati bersama-sama barang kemas. Hasilnya, beberapa barang kemas terselamat abad pertengahan kecuali barang kemas diraja dan gerombolan gereja.
Di Amerika, kemahiran peradaban pra-columbia di dalam pengunaan emas adalah maju sebelum kedatangan orang sepanyol. Tukang Emas India telah menguasai kebanyakan teknik yang diketahui oleh orang eropah kontemporari ketika kedatangan orang sepanyol.
Mereka mahir dengan kerongsang, penggranulan, tekanan dan pertukangan, tatah dalam dan cara acuan lilin. Penakluk sepanyol mencairkan kebanyakan emas yang dirampas daripada penduduk daerah tersebut dan kebanyakan contoh peninggalan datang dari tapak penggalian tanah perkuburan. Deposit emas terhebat dari masa tersebut adalah dari Andes dan Columbia.
Ketika hari perbatasan Amerika di mana perkhabaran penemuan emas di daerah tersebut telah menyebabkan beribu peneroka baru yang mengambil risiko nyawa mencari emas. Tera Sulung Emas berlaku di banyak negeri barat dan kejadian yang paling terkenal berlaku di California Sutter’s Mill pada 1848. Di tempat lain, tera sulung emas berlaku di Australia pada 1851, Afrika Selatan pada 1884 dan di Kanada pada 1897.
Peningkatan taraf emas adalah untuk mengimbang ekonomi dunia, menetapkan bahawa Negara harus menghadkan pengeluaran mata wang berdasarkan jumlah emas yang disimpan.
Great Britain adalah Negara pertama mengamalkan taraf emas pada 1821, diikuti oleh Negara eropah pada 1870. Sistem tersebut kekal sehingga berakhirnya perang dunia pertama selepas Amerika hanya Negara yang masih mengikuti taraf emas.
Selepas peperangan, Negara lain hanya dibenarkan menyimpan mata wang utama daripada emas. Kedatangan kemelesetan menandakan berakhirnya pengeksportan emas pada 1930. Pada pertengahan abad ke-20, mata wang dollar menggantikan emas dalam perdagangan antarabangsa.
Program Bulion Helang Amerika dilancarkan pada 1986 dengan penjualan bulion emas dan perak. Platinum telah di masukkan ke keluarga Bulion Helang Amerika pada 1997. Syiling Bulion adalah syiling yang bernilaikan pada beratnya di dalam logam berharga yang spesifik.
No comments:
Post a Comment