Tuesday, March 8, 2011

Sejarah BLR dan Inflasi di Malaysia

Ini merupakan data yang menarik untuk di kongsi bersama. Lihat data dan anda boleh buat analisis sendiri.


Daripada data di atas boleh disimpulkan bahawa:
  1. Kadar faedah bagi simpanan menunjukkan penurunan (4.10% - 0.25%). SAH semakin tidak praktikal simpan duit dalam akaun simpanan.
  2. Fix Deposit, FD makin tidak bermakna kerana mengalami penurunan (average 5.62). Walaubagaimana pun OK la juga kerana ia lebih banyak dari kadar inflasi. Dengan kata lain kuasa membeli kita juga bertambah sedikit. TAPI ini merupakan data inflasi bagi semua orang. Bagaimana kadar inflasi bagi SAYA? (kita boleh bincang kemudian).
  3. EPF, simpanan hari tua. Memang setiap bulan gaji kita di potong untuk hari muka. eeem masih d bawah kadar BLR. Patutlah orang cuba keluarkannya untuk beli rumah. Buat apa pinjam bank yang mengenakan kadar yang lebih tinggi.
  4. BLR 6%. Cubalah cari pelaburan yang lebih dari nilai ini seperti ASB dan seangkatan dengannya. Mungkin kita boleh pertimbangkan Pelaburan Emas Fizikal.
Saya bukan pakar ekonomi. Ini pendapat saya je.. ha ha boleh komen....
@ call 019- 578 6677

Monday, March 7, 2011

Analisis Pasaran : Harga Minggu Ke-2 Mac 2011

Harga emas bagi minggu ke 2 Mac 2011 ?

Semua orang bertanyakan soalan yang sama. Ini kerana harga emas terus menegak ^ sejak dari 28 Jan 2011, pada harga $1307 hingga $1440, 7 Mac 2011: jam 9:50PM. (10% kenaikan). Keadaan di Tripoli masih lagi dlam keadaan tidak menentu. Orang-orang kaya disana pasti sudah lari dan cuba membawa harta mereka keluar.

Persoalanya sekarang apa perlu kita buat?  Harga emas naik dan terus naik. Teori asas kata beli emas pada harga murah dan jual pada harga mahal. Memenag betul. Tapi emas ni memang UNIK. Beli je bila-bila cuma tempoh untuk untung akan berbeza.. tak perlu kusuk kan fikiran kita.

Analisis harga minggu ni


Target harga seterusnya $1443. Kalau harga ni di lepasi,  kita tunggu $1450 pula. Keadaan menaik ini di jangka berterusan hingga bulan April.

Mengpa saya kata bergitu:
  1. Keadaan di timur-tengah huru hara masih tidak tenteram.
  2. Harga komoditi lain naik seperti minyak (tenaga) , pasti harga barang terus menaik tanpa kita sedari.
  3. Kelemahan nilai Dollar US. Minggu ni pun ada berita untuk menunjukan kelemahan Dollar
  4. dan ....
Untuk apa kita tunggu harga terus Meninggi.. cepat lock harga sekarang.. 019 578 6677

Sunday, March 6, 2011

Negeri Perak Keluarkan Dinar Emas dan Dirham Perak

Negeri Perak keluarkan Dinar emas dan Dirham perak.
Yaa sebagai rakyat yang tinggal di negeri Perak ini sangat mengalu-alukan seruan Kerajaan Negeri untuk melindungi kekayaan kita melalui Pelaburan Emas.

Boleh tengok gambar sebelah Dinar Emas 99.9% dan Dirham Perak 99.9%. (bukan tengok orang yang pegang tu..emm).

Nampaknya Kerajaan Negeri Perak ikut serta Kerajaan Negeri Kelantan untuk keluarkan Dinar dan Dirham. Ada bezaka Dinar Negeri Perak dan Dinar Kelantan ?. Jangan marah Dr Zambry.

Dinar Negeri Perak (DnP), nak sebut panjang sangat takut keliru dengan logam perak. bertujuan untuk pelaburan manakala Dinar Kelantan diterima untuk urusniaga, atau matawang. DnP tentu ada spread (nanti kita tunggu pengumuman, Dinar Public Gold 5-6%) manakala Dinar Kelantan tidak ada spread .

sumber: perakToday

Kerajaan Perak menempa sejarah apabila melancarkan syiling dinar emas dan dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pertama di dunia yang menggunakan kandungan emas dan perak tulen.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata usaha memperkenalkan dinar emas dan dirham perak di negeri ini bermula sejak 2005 lagi dengan kerjasama Ketua Jabatan Kewangan, Ekonomi dan Pengurusan Sains IIUM, Prof Ahamed Kameel Mydeen Meera.

“Saya mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Prof Ahamed Kameel yang bertanggungjawab dalam hal ini dan seterusnya membawa kepada detik bersejarah pelancaran dinar emas dan dirham perak yang menggunakan kandungan emas 24K dan perak tulen.
“Kualiti dinar dan dirham yang kita lancarkan ini lebih baik daripada yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abd Malik Ibn Marwan iaitu 1,357 tahun lalu yang hanya 97 peratus emas.



“Sebaliknya kerajaan Perak memperkenalkan dinar emas dan dirham perak yang pertama di dunia menggunakan kandungan emas 24K dan 99.9 peratus perak.
“Penting juga untuk diketahui umum bahawa dinar dan dirham ini bukan bertujuan menggantikan mata wang atau menjadi transaksi dalam urusan jual beli,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan dinar emas dan dirham perak milik kerajaan Perak di Ipoh hari ini.
Projek itu dijayakan hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Pada majlis itu juga, Dr Zambry turut melancarkan buku ‘The Real Money’ yang disunting oleh Prof Ahamed Kameel.
Sementara itu, Dr Zambry berkata, kerajaan negeri juga yakin pengenalan dirham emas dan dirham perak mampu menggalakkan perkembangan sektor baru seperti perkhidmatan selain membuka peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan.
Jelasnya, permintaan untuk memiliki dinar emas dan dirham perak ini diterima dari Brunei dan Singapura dan sebagai permulaan, masing-masing 1,000 keping syiling dinar emas dan dirham perak dikeluarkan dengan nilai RM3 juta.

Minat untuk memiliki emas sebagai pelaburan dan simpanan juga katanya, menunjukkan sambutan yang semakin meningkat baik dari kalangan umat Islam mahupun bukan Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Eksekutif GoldNet International Sdn Bhd, Datuk Rais Hussin Mohamed Arif, berkata dalam keadaan krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang, dinar emas dan dirham perak adalah alternatif pilihan bagi mempelbagaikan pelaburan dan melindungi wang simpanan daripada inflasi.
Tambahnya, inflasi adalah satu fenomena ekonomi yang kerap berlaku dan emas pula boleh bertahan nilainya dengan baik pada jangka masa panjang.

“Oleh itu, emas merupakan satu benteng yang baik terhadap inflasi selain boleh digunakan sebagai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, penghargaan, pengiktirafan prestasi serta mengikuti agama kerana ia boleh digunakan untuk membayar zakat,” katanya.
Tambahnya, setiap pembelian dinar emas dan dirham perak ini akan disumbangkan kepada tabung wakaf untuk dimanfaatkan oleh umat Islam yang kurang berkemampuan.
Rais Hussin berkata, pembuatan dinar emas dan dirham perak berkualiti tinggi itu membabitkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar, iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
“Dinar dan dirham Perak ini direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.
“Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak.,” katanya dan satu dinar emas dijual pada harga RM690 manakala koleksi dirham dijual dengan RM260.

GoldNet juga katanya, melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.
“Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut,” katanya.

Saturday, March 5, 2011

Carta Harga Emas Semasa

Carta emas semasa boleh kita lihat di sini sebagai panduan. Carta di atas adalah carta emas setahun / ounce. Lihat bulatan kuning. Peratus kenaikan boleh dilihat disitu - 27.16%.

Dibawah ini adalah carta graf harga emas dalam USD / ounce. Carta ini update automatik (yang atas tu tak) untuk rujukan kita.

Carta Harga Emas Sebulan

30 day gold price per ounce


Carta Harga Emas Setahun


1 year gold price per ounce


Carta Harga Emas 5 Tahun

5 year gold price per ounce

Thursday, March 3, 2011

Individu Terkaya Di Malaysia 2011

Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media.

Yang kaya menjadi semakin kaya.Hanya tahniah yang kami mampu ucapkan. Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu.
Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion. Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernialai RM 50.04 bilion.

Jutawan komunikasi, Ananda Krishnadi tempat kedua dengan RN 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011.
  1. Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
  2. T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
  3. Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
  5. Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
  6. Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
  8. Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
  9. Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
  10. Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion
Ada empat tiga pendatang baru dalam senarai rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan lebih dari RM 1 bilion. Mereka adalah:

  • Tan Sri Leong Huy Kum- Mah Sing Group
  • Datuk Seri Stanley Chai-Supermax Corporation Sdn.Bhd
  • Datuk Tan Heng Chew- Tan Chong Holdings Bhd
  • Datuk Hafirdzi Mahmood - Aspirasi Emas (dalam proses penyenaraian)
    Adakah kedudukan Robert Kuok akan dirampas juga satu hari nanti? Kita tunggu dan lihat.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...