Wednesday, December 15, 2010

Pelaburan Emas Pertama

Setiap sesuatu ada sejarahnya.....kisahnya pelaburan emas pertama ku!

Mula-mula sekali dalam awal tahun tahun 2008, saya dah nampak potensi pelaburan emas. ya la emas ni mahal harganya..so buat tak indah saja...so suatu hari dalam bulan 10 terbuka hati nak buka akaun GIA (Gold Investment Account) Public Bank.



23 Oktober 2008 harga 1 gram = RM84.990
1 Jun 2009 harga 1gram = RM108.340

pada 1 Jun 2009 (lebih kurang 8bulan) kira-kira harga dah naik ! wow apa lagi lebih 27% naik.
apa lagi jual la sedikit nak ambil untung.

23 Oktober 2008 beli 30gram x 84.99 = RM 2549.70
Untung 27% >> RM2549.70 X 27% = RM688

Jual 5gram untuk ambil untung
1 Jun 2009 jual 5gram x 108.34 = Rm 541.70

Baki emas dalam GIA 25gram....

WOW untung 27%.....ASB ?% (8-10% setahun)....iini lah mula nya detik saya dengan pelaburan emas..
Kalau masa tu buat loan beli emas ? wow

Harga emas GIA hari ini RM143.6 (Sell) RM138.06(buy) Jam 3:45pm (nak rujuk harga semasa, klik sini)

Thursday, December 9, 2010

Dealer Promotion 2010

Public Gold ada membuat promosi hingga akhir bulan ni beberapa hari je lagi. Dengan membeli emas bernilai RM20K..dah layak jadi dealer...wow. Januari 2011 nanti naik RM40K

Untuk menjadi Dealer amat mudah sekarang.....cuma SMS Nama, Alamat, Email ,No Telefon, No Akaun bank Maybank or Public Bank, Emas yang ingin dibeli kepada 019-5786677
Contoh SMS =Rozita Bakri, 477,Jalan Songket 7,ipoh perak,rozita@gmail.com,019-111222333, Akaun maybank 12345678,  20g x 6pc, 1 Dinar x 1 pc ke 019-5786677

Friday, December 3, 2010

Public Fine Gold International Sdn Bhd

Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International
Sdn. Bhd. (Public Gold)
Syarikat ini beralamat di Penang. Ini adalah alamatnya:
Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
http://www.publicgold.com.my/
Tel : 04-644 9999
Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.

Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga
1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram. Ketulinan 999.9


Dinar emas pun ada:
1 Dinar (4.25gram), 5 Dinar (21.25gram), 10 Dinar (42.50gram). Ketulinan 916

Silver
250gram, 500gram dan 1000gram. Ketulinan 999
Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit
mengikut harga emas antarabangsa.
Dengan kata lain pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web
Public Gold di http://www.publicgold.com.my/ atau dilaman blog ini (lihat sebelah) dan membeli emas tersebut daripada agen Public Gold.
BAGAIMANA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.
Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold:
1. Menghubungi agen Public Gold yang berhampiran anda
2. Membeli terus daripada Public Gold.

Thursday, December 2, 2010

Mengapa Menyimpan Emas 2

Wang kertas bukan penyimpan kekayaan yang baik?
Wang kertas mempunyai ciri-ciri:

1. Mudah rosak
2. Mudah koyak
3. Boleh Terbakar

bayangkan kes rumah terbakar...agak-agak apa yang tertinggal? semua terbakar bukan. Bayangkan duit RM50....anak kecil kita koyakkan...ada lagi tak nilai kekayaan kita? ianya cuma kertas mempunyai nilai RM50 je.

emas tak boleh rosak, terkoyak dan terbakar. ia cuma boleh bercalar, kemek. Kalau emas hancur jadi debu macam mana?

Emas tetap bernilai walaupun dalam bentuk debu...he he jangan pecahkan emas anda

Pada 1400 tahun dahulu, 1 Dinar emas boleh membeli seekor kambing, 2011, 1 Dinar masih boleh membeli seekor kambing.

Maksudnya emas tidak dimakan oleh inflasi...kalau dulu ke pasar tadi beli barang 1 Dinar sekarang pun masih lagi 1 Dinar.
Ini berbeza sama sekali nilai RM50 dahulu dengan RM50 sekarang...kuasa membeli telah susut..Tapi ia tetap duit RM50.

Fikir-fikirlah..kawan-kawan.

Wednesday, December 1, 2010

Mengapa Menyimpan Emas

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan
kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang. Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya (konsep yang sama). Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan
kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan.

Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...