Tuesday, February 21, 2012

Analisis Pasaran : Harga Emas Minggu Ke-4 Februari 2012

Analisis Pasaran berdasarkan graf Metatrader 4!!

Kali ini setelah sekian kali saya nak buat analisis sedikit, ya la kebelakangan ni agak sibuk dengan tugasan kerja. Bagaimana dengan pasaran emas kita?

Berdasarkan graf diatas isyarat membeli muncul lagi pada moving average, di kuatkan lagi dengan chart pattern, hammer dan piercing line pattern. Ini semua merupakan pattern yang menunjukkan uptrend atau trend menaik. Ini pastikan akan merancakan lagi dengan pelaburan emas ini..rancak dan rancak...duit yang ada mungkin kita boleh pertimbangkan unutk pelaburan emas.

Jika kita lihat pada RSI pun masih dongak ke atas, macam roket nak terbang je...buyyer nampaknya agak aktif membuat belian memberi petanda harga akan cuba naik dan naik.

Secara amnya emas masih berada dalam keadaan bullish atau uptrend. Harga emas mungkin akan membuat sedikit pembetulan pada hujung minggu ini, berikutan berita-berita pemulihan ekonomi US yang agak positif sekarang ini.

Kebelakangan ini banyak berita-berita positif dan negetif mengenai pelaburan emas. Dalam keghairahhan kita unutk membuat pelaburan atau dengan kata lain menambah kekayaan dengan emas. Kita seharusnya lebih berhati-hati dan tidak salah anda bertanya untuk betul-betul faham dalam pelaburan emas yang pastinya ada risikonya. Ada boleh bertanya saya dengan medium di bawah.

Apakah tindakan kita pada masa ni, ya mungkin tidak keterlaluan saya katakan ianya merupakan masa yang AMAT sesuai untuk membuat tambahan stok sekitranya masih ada......(baki-baki terakhir duit...he he ). Trade range 1700 - 1750.

Silver



Sama seperti emas, silver juga menunjukkan keadaan yang positif.
Hammer pattern dengan kaki yang panjang telah muncul 2 hari yang lepas. Walaubagaimana pun masih tidak memberi momentum yang sunggu kuat unutk dia terus naik.

Cuba perhatikan harga perak, ianya cuba menghampiri moving average 200. Ini menunjukkan perak/silver masih lagi memberi peluang yang baik sekiranya ada yang masih tertunggu-tunggu dan lihat lihat samada hendak terlibat dengan perak atau tidak...masih berfikir.....fast action fast result..

Anda boleh hubugi saya melalui:

Hp  : 019 578 6677
email :  fizzie_m@yahoo.com
Skype : aspirasi.999
Facebook : Aspirasi Emas
Twitter : AspirasiEmas

Sunday, February 19, 2012

State Bank of India Tawar Potongan Istimewa


State Bank of India menawarkan potongan istimewa kepada pekerja yang mempunyai akaun bagi pembayaran gaji dengannya untuk membeli syiling emas. Dengan kata lain mereka boleh membeli syiling emas dengan kadar yang sangat istemewa. Ini akan menggalakan lagi penggunaan emas bagi negara India.

Negara India merupakan pengguna emas terbesar dunia, dimana penggunan emas sebagai penyimpan kekayaan mahu pun melibatkan berkaitan keagamaaan.

Sebenarnya mereka beruntung kerana dapat membeli emas fizikal dengan harga yang murah. Tapi orang Malaysia tetap juga untung kerana syarikat Public Gold juga menawarkan harga istemewa iaitu lebih rendah dari harga emas dipasaran.



Orang kita masih lagi mempunyai kesedaran yang rendah terhadap menyimpan emas sebagai penyimpan kekayaan. Kita lebih rela menyimpan hasil titik peluh kita dengan wang fiat. Wang fiat terdedah kepada inflasi.

Friday, February 17, 2012

China Bakal Menjadi Pengguna Terbesar Emas 2012

Negara China pengguna terbesar tenaga dan logam asas bakal mengetepikan negara India sebagai pengguna emas terbesar dunia bagi tahun 2012.

Permintaan dari China meningkat 20% kepada 769.8 metrik tons in 2011, manakala pengunaan dari India susut 7% kepada 933 ton. Pada tahun 2012 ini mereka akan menambah permintaan dan tidak mustahil menjadi pengguna terbesar emas.

Berdasarkan maklumat dari gold.org ini, tidak lagi perlu risau bagi sesiapa yang baru-baru atau bercadang untuk melabur dengan emas fizikal.

Saturday, February 4, 2012

Harga Emas Dunia Dijangka Menigkat - Utusan 3 Januari 2012


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.

Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.

sumber : Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...